Pembekal Keyakinan Di Olimpik Bagi Murray Dan Safina

BEIJING: Pemain Scotland, Andy Murray, mempunyai sumber keyakinan yang lebih mantap menjelang menghadapi cabaran Sukan Olimpik menyusuli kejayaannya memenangi pertandingan Tenis Masters yang pertamanya di Amerika Syarikat, kelmarin.

Murray menewaskan Novak Djokovic 7-6, 7-6 untuk menjuarai pertandingan Cincinnati.

‘Kejayaan ini akan meningkatkan lagi tahap keyakinan saya,’ jelas Murray, yang kini telah memenangi tiga kejuaraan pada musim ini.

‘Saya telah bekerja keras sebelum menjadi juara pertandingan seperti ini. Ini bermakna segala usaha saya telah menghasilkan ganjaran,’ beliau menambah.

Minggu lalu, Murray telah mengubah corak permainannya untuk mengalahkan Djokovic dalam peringkat suku akhir pertandingan Toronto.

Mengulas tentang kekalahannya itu, Djokovic berkata: ‘Anda akan berasa sungguh berbeza apabila anda berdepan dengan pencabar yang mempunyai corak permainan serupa dengan anda.

‘Beliau bagaikan telah memaksa saya melakukan banyak kesilapan sehingga saya telah hilang rentak permainan saya.’

Djokovic, yang sebelum ini menyingkirkan Rafael Nadal dalam peringkat separuh akhir, ternyata sukar menyaingi permainan Murray yang sungguh konsisten.

Sementara itu, Dinara Safina disebut-sebut menjadi pilihan untuk menggondol pingat emas acara tenis bahagian perseorangan wanita Sukan Olimpik.

Ini adalah kerana pemain Russia itu tidak menghadapi masalah mengalahkan Dominika Cibulkova dari Slovakia 6-2, 6-2 untuk menjuarai pertandingan tenis Piala Montreal di Kanada, kelmarin.

Sebelum ini, Safina telah menjuarai pertandingan WTA di Los Angeles.

‘Saya fikir pengalaman saya telah membantu saya untuk menjuarai pertandingan ini. Dan buat pertama kali dalam kerjaya saya, saya telah menjuarai dua pertandingan berturut-turut,’ jelasnya. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: