Ramai Pemimpin Belum Pasti

PARIS: Mahu pergi atau tidak?

Itulah tanda tanya yang berlegar di kepala beberapa ketua negara sama ada mahu hadir ke upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik Beijing atau menyaksikannya saja di kaca televisyen di negara masing-masing.

Barisan tetamu yang bimbang akan kehilangan kontak bisnis dari benua Asia itu pasti mahu mengelak risiko menjauhkan diri daripada China yang turut dilanda tunjuk perasaan antihak asasi kemanusiaan.

Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, berada di Beijing, begitu juga dengan Perdana Menteri Australia, Encik Kevin Ruud.

Keputusan dua ketua negara itu disifatkan sebagai mengejutkan kerana negara tersebut sering menatang hak asasi manusia.

Begitu juga dengan Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, orang yang pertama mahu memulaukan Olimpik tetapi akhirnya menukar keputusannya.

Malah Taiwan, jiran yang sering bertelagah, akan menghantar wakil ke upacara pembukaan sukan berprestij itu.

Bagaimanapun, ketua negara lain kelihatan berbelah bahagi.

Para pemimpin Britain, Jerman dan Canada memutuskan tidak akan ke Beijing.

Tetapi dengan lebih 104 tetamu istimewa dijadualkan hadir, pihak penganjur menyifatkan suasana itu seakan mengulangi perayaan yang berlaku pada zaman feudal. — Xinhua.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: