Abang Dan Tiga Adik Mahu Catat Sejarah Taekwondo Bagi Amerika

OlehMohd Sani Ali

PENYERTAAN Lopez bersaudara dalam Sukan Olimpik Beijing bukan sekadar melengkapkan kontinjen Amerika Syarikat dalam sukan berprestij sedunia yang berlangsung empat tahun sekali itu

Mereka juga bukan muka baru untuk mewakili Amerika – ketiga-tiga sudah pun bergelar juara dunia dalam acara taekwondo.

Lebih daripada itu, sejarah bakal dicipta oleh Steven, Mark dan Diana apabila ketiga-tiga beradik itu berjaya membawa pulang pingat emas dari Beijing nanti.

Buat ketika ini sahaja, Steven, Mark dan Diana telah pun mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan adik-beradik pertama mewakili Amerika dalam acara itu.

Namun, bukan mereka sahaja yang akan ke Beijing. Abang sulung mereka akan turut ke sana sebagai jurulatih.

‘Ini julung-julung kali dalam sejarah Olimpik Amerika diwakili oleh sekumpulan empat beradik, termasuk seorang abang sebagai jurulatih ketiga-tiga adiknya sendiri,’ demikian dakwa Jean, abang sulung keempat-empat beradik itu selepas mengadakan latihan di gelanggang Pusat Kecemerlangan Persisi di Bedok North, pagi semalam.

Kali terakhir Amerika diwakili oleh tiga adik beradik dalam Sukan Olimpik ialah pada 1904 di St Louis, Missouri.

Ketika itu Amerika diwakili oleh adik-beradik Tritschler – Edward, Richard dan Williams – tetapi tidak seorang pun daripada mereka memenangi sebarang pingat.

Namun, yang lebih menarik ialah ketiga-tiga beradik Lopez yang berasal Nicaragua ini dilatih oleh Jean, 32 tahun, yang juga jurulatih nasional dan bekas pemenang pingat perak Kejohanan Taekwondo Dunia 1995.

Steven, 29 tahun, anak kedua, telah pun memungut pingat emas pertamanya dalam Sukan Olimpik Sydney pada 2000 dan kemudian dalam Sukan Olimpik Athens, empat tahun berikutnya.

‘Tentunya saya meletakkan matlamat yang sama di Beijing iaitu mempertahan pingat emas saya di sana,’ jelas Steven.

Juara dunia itu tidak menyifatkan penampilannya di Beijing sebagai penghalang matlamatnya kerana beliau cukup senang dengan para penyokong China.

Jean turut mahukan Mark, juara dunia 2005, dan Diana, juara dunia 1998, 2000 dan 2005, mengikut jejak Steven.

‘Bapa kami, Julio, ialah seorang pencinta seni mempertahankan diri dan beliau gemar menyaksikan aksi Bruce Lee dan Chuck Norris (pelakon dan jaguh dalam seni mempertahankan diri).

‘Kerana itu beliau menggalakkan penyertaan kami dalam taekwondo.’

Julio menjadi jurulatih awal kepada Jean sebelum beliau menyambung latihannya di sebuah dewan yang terletak dekat kediaman mereka di Houston, Texas.

Kini Jean dan adik- adiknya telah pun menyertai pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa, termasuk Kejohanan Dunia dan Kejohanan Piala Dunia.

Biodata

JEAN LOPEZ

Usia: 32 tahun

Pencapaian: Pingat perak Kejohanan Dunia 1995

STEVEN LOPEZ

Usia: 29 tahun

Pencapaian: Juara dunia empat kali, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Sydney 2000 dan Athens 2004.

MARK LOPEZ

Usia: 26 tahun

Pencapaian: Juara dunia 2005

DIANA LOPEZ

Usia: 24 tahun

Pencapaian: Juara dunia 2005

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: