Azizulhasni Bangga Bawa Jalur Gemilang

WALAUPUN bangga diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada perasmian temasya Sukan Olimpik Beijing hari ini, namun perasaan gemuruh tidak dapat dielakkan oleh Azizulhasni Awang.

Jaguh pecut lumba basikal negara berusia 20 tahun itu teruja apabila bakal mengetuai perarakan kontinjen negara seramai 33 atlet dan 29 pegawai masuk ke Stadium Nasional Sarang Burung.

“Saya berbohong jika saya mengatakan tiada tekanan tetapi saya harap perasaan takut ini tidak akan menjejaskan prestasi dalam acara saya,” katanya semalam.

Azizulhasni, Josiah, Rizal dan Muhammad Edrus Md. Yunus telah mengikuti latihan lebih sebulan di bandar raya Valencia, Sepanyol, sebagai persediaan akhir menjelang cabaran Sukan Olimpik di Velodrom Laoshan di sini.

“Bangga, amat bangga… dapat layak ke Sukan Olimpik pun sudah cukup bertuah, dapat pula menjadi pembawa bendera negara, satu kemegahan buat diri saya dan keluarga,” kata Azizulhasni.

Beliau, yang merangkul juara 200m pecut dan keirin di kejohanan Asia di Jepun tahun ini berkata, beliau tidak memikirkan soal merangkul sebutir pingat di sini tetapi hanya mampu berusaha sebaik mungkin.

– Bernama

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: