Bintang Brazil Dibenar Beraksi

Peguam Kelab Schalke 04 dan Werder Bremen telah memutuskan untuk membenarkan bintang Brazil beraksi pada Olimpik Beijing kali ini.

Selepas Diego dari Bremen dan Rafinha dari Schalke menyanggah pasukan mereka dengan terbang menyertai Brazil, kelab Jerman itu merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk pemain berusia bawah 23 tahun, mesti dibenarkan bermain untuk negara mereka di Beijing.

Peraturan CAS melanggar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) termasuk kelab Jerman memanggil pulang bintang seandainya mereka mahu.

Peraturan itu menambah, kelab tersebut perlu membenarkan trio berkenaan untuk kekal dengan syarat Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) membayar gaji pemain termasuk yuran tambahan dan insurans mereka.

Pengurus Kelab Schalke, Andreas Mueller berkata, pihaknya akan melepaskan Rafinha untuk Olimpik seandainya CBF menyatakan syarat yang akan dikenakan.

Pengurus Bremen, Klaus Allofs menyatakan hasrat yang sama semasa mengulas keadaan Diego sebelum perlawanan Olimpik antara Brazil dan Belgium yang akan bermula Khamis.

Undang-undang CAS itu diterima di Jerman.

Jurucakap Liga Bolasepak Jerman, Holger Hieronymus berkata, pihaknya menerima keputusan itu kerana kerjasama yang dibuat selama ini bersama kelab tersebut.

”Kita sentiasa memegang pendapat bahawa peraturan FIFA tidak membenarkan pemain untuk bebas kemana sahaja.

”FIFA sebenarnya gagal untuk merealisasikan keputusan ini dan menyebabkan persediaan kelab untuk musim baru tergugat,” ujarnya.

Jurulatih Argentina, Sergio Batista berkata, walaupun peraturan itu dikuatkuasa, dia tetap akan menurunkan Lionel Messi dalam perlawanan menentang Ivory Coast sungguhpun Barcelona sendiri merasakan pemain itu sudah kembali ke Sepanyol.

– AFP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: