China Janji Acara Pembukaan Olimpik Gemilang

BEIJING: Tepat 8 malam ini, China akan mempersembahkan pelbagai acara gemilang sempena pembukaan Sukan Olimpik Beijing kepada para peserta daripada 205 buah negara.

Biasanya, acara pembukaan menceritakan semangat negara dan penganjur berharap acara itu akan melenyapkan segala kritikan yang menyebut bahawa China tidak sewajarnya menjadi tuan rumah acara terbesar dalam sukan.

Para pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, akan menyertai 91,000 penonton di Stadium Sarang Burung untuk persembahan selama lebih tiga jam itu.

‘Saya menunggu dengan penuh gembira acara pembukaan sukan ini,’ jelas seorang pelajar, Zhu Shengqiang, 22 tahun, ketika berjalan-jalan dengan rakannya di Lapangan Tiananmen.

Menurut pihak penganjur, seramai 15,000 orang akan terlibat dalam acara pembukaan itu dengan pengarah filem Zhang Yimou diberi tugas menceritakan kegemilangan sejarah China selama 5,000 tahun dalam masa kurang empat jam.

China mahu menggunakan Sukan Olimpik untuk membuktikan kekuatannya sebagai kuasa ekonomi keempat terbesar dunia dan membelanjakan AS$43 bilion ($55 bilion) untuk membuat persiapan, termasuk menempatkan ribuan penduduk ke kawasan lain semata- mata untuk membina stadium- stadium yang menjadi kemegahan negara itu.

Slogan sukan, Satu Dunia, Satu Iimpian, kelihatan terpampang di jalan-jalan raya dan rakyat China kini boleh berasa megah selepas bertahun-tahun terasing daripada dunia luar dan berada dalam kemiskinan untuk muncul sebagai gergasi dunia dalam pelbagai bidang, terutama sukan.

‘Saya harap sukan ini akan mengubah pandangan umum terhadap China,’ jelas Jiang Chaoyi, 23 tahun, yang sedang menuntut dalam bidang perdagangan antarabangsa di ibu kota Beijing.

‘Kami ingin menunjukkan kepada dunia tentang kenapa kami berbeza dan saya harap acara pembukaan ini akan menceritakan tentang budaya lama China kerana itulah yang menjadi perbezaannya.’

Orang-orang tertentu telah diundang untuk menyaksikan prapembukaan Sukan Olimpik baru-baru ini tetapi pihak penganjur tidak pula mendedahkan bagaimana obor sukan ini akan dinyalakan sebab tidak terdapat sebarang kawah di stadium utama ini.

Sukan Olimpik Beijing bukan tidak diselubungi kontroversi, termasuk acara pembukaan malam ini.

Pengarah Hollywood, Steven Spielberg, menarik diri sebagai penasihat awal tahun ini kerana membantah hubungan rapat China dengan Sudan dan kegagalan negara itu menghalang pembunuhan yang berlaku di Darfur.

Acara larian obor yang merentasi beberapa bahagian dunia juga tergendala kerana terdapat pihak-pihak yang membantah tindakan ganas China di Tibet pada Mac lalu dan rekod hak asasi kemanusiaan negara itu yang buruk.

Menjelang pembukaan sukan ini, China terus berdepan dengan masalah.

Kali ini soal cuaca yang tidak menentu, sesuatu yang berada di luar kawalan mereka. — AFP.

‘Saya harap sukan ini akan mengubah pandangan umum terhadap China. Kami ingin menunjukkan kepada dunia tentang kenapa kami berbeza dan saya harap acara pembukaan ini akan menceritakan tentang budaya lama China kerana itulah yang menjadi perbezaannya.’

– Jiang Chaoyi, 23 tahun, yang sedang menuntut dalam bidang perdagangan antarabangsa di Beijing.

‘Saya menunggu dengan penuh gembira acara pembukaan sukan ini.’

– Zhu Shengqiang, 22 tahun, seorang pelajar yang berjalan-jalan dengan rakannya di Lapangan Tiananmen.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: