China Menanti Detik Penuh Bersejarah


STADIUM Nasional bakal menjadi tumpuan seluruh dunia apabila upacara pembukaan Sukan Olimpik XXIX berlangsung malam ini.

BEIJING– Tuan rumah Sukan Olimpik XXIX, China mengesahkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terhebat yang pernah disaksikan dunia.

Keyakinan China itu disuarakan meskipun terdapatnya kebimbangan mengenai pencemaran dan juga kontroversi hak asasi manusia yang menjejaskan persiapan hari terakhir upacara pembukaannya di Stadium Nasional, hari ini.

Ketika seluruh atlet terbaik dunia berhimpun di Beijing menanti obor Olimpik melepasi Tembok Besar China, penganjur temasya itu kini sedang berusaha untuk mengalih perhatian dunia kepada apa yang mereka janjikan sebagai satu sambutan penuh menakjubkan dalam arena sukan.

“Kami telah menjalani persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing sejak tujuh tahun lalu dan kini kami sudah bersedia. Malah kami sangat yakin ia akan menjadi satu temasya paling berjaya dalam sejarah penganjuran Sukan Olimpik,” kata jurucakap jawatankuasa penganjur, Sun Weide.

“Sudah tentu kami harap ia akan menjadi temasya yang hebat, malah paling hebat pernah disaksikan.”

Bagi China, temasya Olimpik adalah peluang terbaik untuk menonjolkan diri kepada dunia sejak kuasa Komunis pada 1949 yang mencetuskan banyak perang saudara.

Apa yang pasti, Sukan Olimpik menjanjikan satu saat bersejarah yang bakal mempamerkan aktiviti sosial dan juga perubahan ekonomi China, serupa dengan temasya pada 1964 bagi Jepun dan 1988 bagi Korea Selatan.

“China adalah sebuah negara dalam perubahan, memiliki masih depan yang cerah, potensi yang besar dan juga beberapa cabaran,” kata presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge sebaik tiba di Beijing baru-baru ini.

“Saya percaya sejarah akan menyaksikan temasya Olimpik 2008 sebagai satu tanda penting dalam kemajuan menakjubkan China.” – AFP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: