Denmark Rancang Kejutkan Gergasi Badminton

BEIJING: Jaguh badminton Eropah, Denmark, mahu mencatat kejutan ke atas gergasi-gergasi Asia dalam Sukan Olimpik Beijing.

Denmark menyaksikan pasukan-pasukan handalan Asia seperti China, Indonesia dan Malaysia mengungguli acara badminton sejak beberapa tahun lalu, sedang kepopularan sukan tersebut di negara itu sendiri kian pudar.

‘Jika kita lihat dalam pertandingan-pertandingan terkemuka, China mempunyai sekurang-kurangnya dua jurulatih dalam setiap acara,’ kata ketua pasukan Denmark, Finn Traerup-Hansen, kepada agensi berita AFP.

‘Dalam soal tenaga dan sumber, kami benar-benar tertekan dan perlu bekerja siang dan malam.

‘Ia (badminton) pernah menjadi sukan kedua terbesar di Denmark selepas bola sepak tetapi tidak lagi sekarang.

‘Kami kehilangan kira-kira 4,000 pemain (di peringkat kelab) setiap tahun kepada sukan-sukan lain.’

Denmark memenangi sebutir pingat gangsa dalam Olimpik Athens, perak di Sydney dan emas dalam acara perseorangan lelaki di Atlanta.

China pula memenangi tiga emas di Athens, empat emas di Sydney dan satu emas di Atlanta.

Dengan Sukan Olimpik berlangsung di China, di samping barisan pemain handalan, termasuk juara dunia, Lin Dan Xie Xingfang, China diramal memonopoli acara badminton.

Tetapi Traerup-Hansen tetap meluahkan keyakinan mengenai peluang Denmark mencatat kejutan menerusi juara Eropah, Kenneth Jonassen, yang menjadi pilihan kelima\. \– AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: