Doakan Kejayaan Atlet Negara

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat negara ini mendoakan kejayaan atlet yang membawa nama Malaysia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing yang bermula hari ini lapor WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY.

Katanya, secara keseluruhannya semua atlet sudah bersedia dari segi mental serta fizikal dan berharap dapat memberi persembahan terbaik untuk sukan yang disertai.

”Kita minta semua berdoa untuk kejayaan mereka. Atlet-atlet ini telah berlatih sekian lama dan akan memberi yang terbaik di sini.

”Secara keseluruhannya semua sudah bersedia. Mereka sudah memulakan latihan dan membiasakan diri dengan cuaca Beijing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau kini berada di Beijing untuk memberi semangat kepada pasukan negara dan akan menyertai acara perasmian Sukan Olimpik Beijing malam ini.

Katanya, walaupun ada beberapa sukan menjadi pilihan namun, keyakinan turut diberi kepada setiap pemain untuk membawa pulang emas pada temasya kali ini.

“Kita meletakkan harapan kepada badminton selain beberapa acara lagi yang memberi kelebihan kepada negara,” jelasnya.

Menurutnya, sesi latihan memanah yang dihadiri semalam turut memberi bayangan sukan itu bakal pergi ke satu tahap yang membanggakan kali ini.

”Saya hadir latihan memanah semalam. Saya lihat keputusan latihan membanggakan dan berharap mereka mengekalkan prestasi yang ada ini.

”Kita sasar sukan ini juga dapat memberi sesuatu kepada negara,” ujarnya.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: