Gay Kian Cergas


BEIJING: Juara dunia, Tyson Gay akan cergas sepenuhnya untuk menghadapi cabaran terbesar hidupnya apabila menyertai saingan paling dinantikan dalam acara lari pecut 100m lelaki di Sukan Olimpik Beijing, kata jurulatihnya, semalam.

“Sewaktu menjejak kakinya di atas garisan, dia akan berada pada tahap 100 peratus cergas,” kata juara Olimpik dua kali, Jon Drummond, dalam satu temuramah melalui telefon. “Jika tidak, untuk apa dia datang ke sini?”

“Tiada apa yang melemahkan keyakinannya,” kata bekas jaguh pecut, Drummond, yang melatih Gay selama tiga minggu di Jerman.

Gay mengalami kekejangan hamstring dalam saringan awal 200m kejohanan ujian kelayakan Olimpik Amerika Syarikat, awal Julai lalu.

Acara 100m, satu-satunya acara individu bakal disertainya di Beijing dan menjadi acara tumpuan dalam sukan olahraga. Dia dijangka bersaing dengan pemegang rekod dunia dari Jamaica, Usain Bolt serta rakan senegaranya, Asafa Powell bagi merebut pingat emas.

Acara saringan 100m akan diadakan 15 Ogos manakala acara akhir diadakan keesokan harinya.

Gay mencatat rekod Amerika, 9.77s pada peringkat suku akhir ujian Olimpik AS. Dia menjuarai pusingan akhir dengan catatan 9.68s.- Reuters

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: