ISN Galas Tanggungjawabpantau Atlet

KUALA LUMPUR – Institut Sukan Negara (ISN) memainkan peranan yang penting dalam memantau perkembangan atlet yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Beijing 2008 yang bermula hari ini.

Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz berkata, untuk tujuan itu, ISN telah menghantar satu pasukan perubatan yang terdiri daripada seorang pakar perubatan sukan, ahli fisioterapi dan juru urut yang akan sentiasa bersama-sama atlet negara di Perkampungan Atlet, Sukan Olimpik.

Menurut beliau, tekanan yang dirasai oleh atlet menjelang hari pertandingan ditambah pula dengan keadaan cuaca yang berjerebu di Beijing ketika ini sedikit sebanyak mendatangkan masalah kesihatan kepada mereka sekiranya tidak dipantau dengan rapi.

“Justeru, pasukan ini telah dilengkapkan dengan bekalan ubat dan peralatan perubatan yang mencukupi untuk membantu para atlet sepanjang berada di Beijing.

“Kita juga turut menempatkan seorang lagi juru urut yang berada bersama pasukan sokongan sains sukan yang ditempatkan di luar perkampungan sukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Dr. Ramlan, setakat ini tiada sebarang kecederaan teruk yang dialami oleh mana-mana atlet negara yang akan bertanding di Beijing dan tahap kesihatan mereka adalah sangat memuaskan.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: