Jerebu Nodai 08.08.08?

CUACA berjerebu yang semakin teruk dikhuatiri menjadi igauan ngeri atlet yang akan bertanding di Sukan Olimpik Beijing yang akan membuka tirainya secara rasminya di Stadium Nasional Sarang Burung malam ini.

Bukan sahaja dianggarkan 10,000 atlet yang akan mengambil bahagian dalam temasya ini gusar dengan keadaan semasa menjelang hari pertandingan, tetapi dianggarkan sebanyak 4,000 petugas media yang membuat liputan turut merasai bahang hangat kesan daripada cuaca berjerebu yang tiada kesudahannya.

Walaupun kerajaan China begitu komited untuk menangani masalah jerebu dengan memperkenalkan langkah mengawal jumlah kenderaan yang memasuki Beijing secara berkala, namun keadaan berjerebu masih tidak berubah.

Tidak keterlaluan penulis mengatakan jarak penglihatan hanya kira-kira 300 meter dengan bangunan pencakar langit kelihatan samar-samar.

Apa jua sekalipun keadaan yang berlaku di sini, perjuangan tetap diteruskan, malah harapan berjuta rakyat Malaysia yang ingin melihat kilauan pingat emas tidak boleh dihampakan selepas sekian lama menanti kedatangannya.

Selepas tiga hari berada di Beijing, penulis masih tertanya-tanya tentang persiapan sebenar China selaku penganjur temasya terulung kali ke-29 ini.

Biarpun, venue temasya berdiri gah menunggu tarikh keramat 08.08.08, namun pada hakikatnya negara Tanah Besar China ini masih lagi kekurangan banyak segi seperti petugas yang tidak fasih dan memahami berbahasa Inggeris sehingga menyukarkan petugas media.

Malah, pemandu teksi yang ‘buta huruf’ bertutur dalam bahasa lingua franca itu menambahkan lagi kesukaran yang sedia ada. Apabila keadaan seperti ini berlaku, pandangan pertama mereka yang mahu melihat keajaiban Beijing terganggu dan lantas membuat rumusan – Beijing sebenarnya belum bersedia.

Tambah menyukarkan lagi keadaan ialah, ramai kalangan pemandu teksi tidak tahu laluan untuk ke gelanggang-gelanggang utama Sukan Olimpik sehinggakan ramai petugas media yang sesat sekali gus caj tambang terus meningkat.

Sepanjang tiga hari ini juga penulis mendapati harga barang melambung tinggi, tidak seperti sebelum ini, kata seorang rakan media dari Belanda.

Namun, berita baik bagi kontinjen Malaysia ialah semua atlet kita yang berada di perkampungan Sukan Olimpik berada dalam keadaan sihat dan berkobar-kobar menanti hari pertandingan.

Zai Jian! (See you).

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: