Kembali Ke Pentas Olimpik

Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

SELEPAS bersara hampir tujuh tahun, kehadiran perenang veteran dari Amerika Syarikat (AS), Dara Torres pada temasya Sukan Olimpik kali ini memang dinantikan.

Beliau yang kembali berenang sejak dua tahun lalu, me ngukir nama sebagai perenang pertama dari negaranya yang beraksi dalam lima Sukan Olimpik berturut-turut iaitu pada 1984, 1988, 1992, 2000 dan 2008.

Biarpun lama bersara dan mempunyai seorang anak pe rempuan berusia dua tahun, Tessa Grace, perenang veteran berusia 41 tahun ini tetap hebat apabila beliau memenangi acara 100 dan 50 meter (m) gaya bebas wanita dalam ujian kelayakan AS di Omaha, baru-baru ini.

Kehadiran kembali Dara di arena renang antarabangsa seolah-olah memberi mesej kepada atlit muda usia bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan kerana yang penting keinginan dan minda.

Pakar gaya bebas dan kuak kupu-kupu dari Florida, AS, ini mempunyai misi peribadi ke Sukan Olimpik Beijing untuk mengukir sejarah tersendiri sebelum mengakhiri kariernya.

Pemilik sembilan pingat Olimpik ini dikatakan sudah tidak sabar beraksi bersama barisan perenang muda yang di anggapnya sebagai pencabar yang hebat.

“Saingannya lebih kompetitif berbanding sebelumnya dan saya tidak sabar menanti untuk menikmati segalanya ber hubung Olimpik dan meraikan pengalamannya.

“Ini temasya kelima saya dan tidak sabar untuk melihat apa bezanya kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dara mengakui tekanan beliau pada Olimpik kali ini lebih besar, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya.

Kata Dara, Tessa sudah biasa berjauhan dengannya, namun apabila terpaksa meninggalkan rumah hampir sebulan, ha tinya menjadi tidak keruan dan sentiasa ingatkan keletah anak kesayangannya.

“Apabila bangun setiap pagi, perkara pertama yang bermain di fikiran saya ialah adakah Tessa sudah bangun dan ma kan.

“Biarpun ada telefon untuk berhubung, kehadirannya dapat membantu menguatkan semangat saya terutama ketika ber depan dengan berita bahawa jurulatih, Michael Lohberg, kini sedang bertarung untuk hidup akibat penyakit gangguan darah, Aplastic Anemia,” katanya.

Sementara itu, biarpun beliau sedang menikmati detik manis ke Olimpik kelimanya, Dara kecewa kerana terpaksa melupakan acara 100m gaya bebas individu untuk mem fokuskan tenaga kepada saingan satu pusingan dan acara berganti-ganti.

Begitupun, apa yang menariknya, perenang veteran ini berjaya mencatat masa 24.25 saat ketika sesi kelayakan dan hanya 0.28 saat perlahan daripada catatan rekod dunia yang dilakukan perenang Australia, Libby Trickett, Mac lalu.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: