Nadal Jangka Laluan Sukar

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Roger Federer akan bertemu pemain Rusia, Dmitry Tursunov di pusingan pertama kejohanan tenis Sukan Olimpik Beijing, manakala pesaing terdekatnya, Rafael Nadal dijangka melalui laluan sukar di perlawanan pusingan kedua.

Undian kejohanan tenis Sukan Olimpik Beijing dibuat semalam.

Nadal yang akan merampas kedudukan nombor satu dunia daripada Federer seminggu selepas kejohanan temasya sukan itu, diundi bertemu pemain Itali, Potito Starace di pusingan pertama.

Di pusingan kedua, juara Wimbledon dan Terbuka Perancis itu mungkin berhadapan dengan bekas pemain nombor satu dunia, Lleyton Hewitt dari Australia atau pemain veteran dari Sweden, Jonas Bjorkman.

Federer yang akan menjadi pembawa bendera untuk Switzerland pada hari lahirnya yang ke-27 hari ini pernah mengalami kekalahan di pusingan kedua di Sukan Olimpik Athens, empat tahun lalu.

Bagi kategori wanita, pemain pilihan utama, Ana Ivanovic dari Serbia diundi bertemu pemain Ukraine, Mariya Koryttseva, manakala pemain pilihan kedua kejohanan, Jelena Jankovic dari Serbia akan berhadapan dengan pemain Zimbabwe, Cara Black.

Tiga daripada empat wakil pemain tenis wanita China diundi bertemu dengan pesaing yang mempunyai kedudukan baik dunia.

– AP

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: