Pastikan Sukan Olimpik Ke-29 Berjaya

HARI ini, 8 Ogos 2008 atau 080808, bakal menyaksikan upacara perasmian besar-besaran Sukan Olimpik Beijing 2008. Lebih 10,000 warga China dijangka menyajikan pelbagai persembahan di Stadium Sangkar Burung yang mampu memuatkan sekitar 90,000 penonton. Ribuan atlit dari serata dunia juga akan turut sama menyertai acara pembukaan itu, selain acara-acara sukan lain sepanjang tempoh lebih dua minggu mendatang dalam acara sukan terbesar di dunia yang diadakan empat tahun sekali.

Ini termasuk kontinjen Singapura yang merangkumi 25 atlit. Kontinjen negara kali ini bertekad menamatkan kemarau pingat sejak meraih satu-satunya pingat semasa Sukan Olimpik Rome 1960 melalui ahli angkat berat, Tan Howe Liang. Peluang terbesar kali ini datang daripada kumpulan tenis meja wanita yang di anak tangga kedua dunia. Seyogia, negara ini hampir meraih pingat yang didambakan itu semasa Olimpik di Athens 2004 dan Sydney 2000, namun tidak kesampaian.

Satu lagi isu Olimpik kali ini ialah janji tuan rumah China untuk menganjurkan Sukan Olimpik Menghijau. Namun masalah jerebu masih mencengkam Beijing. Beberapa hari dalam seminggu, kota raya itu diselaputi jerebu dengan kadar melebihi 50 – piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi kadar udara yang memuaskan. Ini memaksa sebilangan atlit memakai pelitup demi menjaga kesihatan mereka. Paling mencabar ialah acara menuntut stamina besar seperti larian maraton. Kalangan pakar bimbang bahawa keadaan jerebu tebal boleh menjejas kesihatan dan kelakonan atlit.

Pun tidaklah China berpeluk tubuh. Tuan rumah telah membelanjakan AS$40 bilion ($55 bilion) dengan sekitar AS$17 juta untuk membersihkan udaranya dan mengambil langkah-langkah drastik seperti menutup lebih 200 kilang yang mencemar udara selain mengarahkan lebih sejuta kenderaan agar tidak menggunakan jalan raya setempat.

Cabaran lain termasuk penapisan laman web oleh pihak berkuasa China di samping isu politik Tibet dan Xinjiang. Seharusnya isu-isu ini tidak dicampuradukkan dengan sukan segemilang Olimpik. Usahlah perkara ini, yang lebih diketengahkan pihak dan media Barat, menjejas kelancaran Sukan Olimpik. Sebaliknya, jadikan Sukan Olimpik kali ini antara yang berjaya dalam sejarahnya. Ia bak lejangan pada China untuk terus menunjukkan kemajuan dari segi sosial, ekonomi dan politik yang akan bererti keterbukaan dan toleransi untuk bersama masyarakat dunia.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: