Pemain No 1 Baru Nadal Hadapi Laluan Lebih Sukar Dalam Undian

BEIJING: Rafael Nadal dari Sepanyol akan menentang Potito Starace dari Italy, sementara Roger Federer dari Switzerland pula berdepan Dmitry Tursonov dari Russia selepas undian acara tenis dijalankan semalam.

Dalam bahagian wanita, pilihan utama, Ana Ivanovic dari Serbia, akan bertemu dengan Mariya Koryttseva dari Ukraine.

Rakan senegaranya, Jelena Jankovic, pula akan diuji Cara Black dari Zimbabwe.

Johan Wimbledon dan Terbuka Perancis, Nadal, yang akan mengambil alih tempat Federer sebagai pemain utama dunia pada 18 Ogos ini, kelihatan menghadapi cabaran lebih sengit dalam kumpulannya.

Antara pemain yang bakal dihadapinya termasuk Novak Djokovic dari Serbia dan Andy Murray dari Britain dalam acara perseorangan lelaki yang melibatkan seramai 64 pemain.

Djokovic, yang menjadi pilihan ketiga, akan bertempur dengan Robby Ginepri dari Amerika Syarikat.

Ivanovic pula dijangka menghadapi pemain Amerika Syarikat, Serena Williams, dalam peringkat suku akhir, sementara Jankovic menghadapi kemungkinan menentang johan Wimbledon, Venus Williams, juga dari Amerika, dalam peringkat separuh akhir.

Tursunov, yang menduduki tangga ke-35 dalam ranking dunia, memenangi kejuaraan keempat dalam kerjayanya di Sydney pada tahun ini dan menjadi naib johan pertandingan Indianapolis pada bulan lalu.

Tetapi Federer sekurang-kurangnya mengetahui tentang kekuatan seterunya dari Russia itu apabila kedua-duanya berlatih bersama di sini kelmarin.

Dari segi rekod pertemuan, Nadal, juara Terbuka Perancis sebanyak empat kali, mencatat empat kemenangan ke atas Starace.

Sejauh ini, anak watan Sepanyol yang berminat menonton bola sepak, terutama yang melibatkan pasukan Real Madrid itu, tidak pernah tercicir sebarang set dalam keempat-empat pertarungan tersebut.

Acara tenis bagi kedua- dua bahagian lelaki dan wanita dijadual bermula Ahad ini.

Sementara itu, bintang Jerman, Philipp Kohlschreiber, terpaksa menarik diri daripada Sukan Olimpik Beijing selepas mengalami kecederaan pada pahanya.

‘Saya berasa sungguh sedih dan kecewa. Bilakah anda mempunyai peluang menyertai Sukan Olimpik? Tetapi apakan daya saya mengalami kecederaan,’ kata pemain Piala Davis Jerman itu. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: