Promosi Habis-Habisan Keistimewaan China

– AFP

BEIJING – Persembahan pembukaan selama tiga jam Temasya Olimpik Beijing akan menjadi titik tolak penilaian dunia kepada prestasi serta kualiti yang bakal memberi kesan positif atau negatif terhadap penganjuran sukan itu sendiri.

Sebanyak 15,000 peserta akan mengambil bahagian untuk upacara pembukaan selain persembahan 29,000 bunga api pada sebelah malam ini.

Penyanyi China, Liu Huan akan bergandingan bersama bintang Britain, Sarah Brightman untuk menyanyikan lagu tema Olimpik pada upacara itu kelak.

Kepada peminat sukan seluruh dunia, Olimpik dianggap suatu penangguhan urusan perniagaan yang mengutamakan kepentingan ramai.

Namun, semenjak kali pertama atlet berkumpul untuk temasya seumpama ini di London pada 1908 pada zaman Raja Edward VII, ia sudah menjadi landasan untuk peluang tuan rumah mempromosi sesuatu mengenai negara mereka.

Kenyataan itu terbukti sekarang di seluruh stesen televisyen di China. Mereka cuba menonjol di mata dunia dan mendekati jutaan penduduk dunia dengan apa sahaja cara yang boleh untuk mempromosi negara.

Kerana itu, penerbit filem yang terkenal dengan filem House of Flying Daggers, Zhang Yimou turut diamanahkan untuk memantau upacara perasmian.

Kata Zhang, perasmian kali ini akan menjadi satu sejarah yang bakal melakar keistimewaan China dalam satu penceritaan panjang dan lengkap.

”Persembahan itu kelak akan menunjukkan kebudayaan, masyarakat dan segalanya tentang China,” ujarnya.

Bagaimanapun, acara bersejarah itu menemui kekecewaan selepas saluran persendirian Korea Selatan, SBS, merakamkan raptai pembukaan Olimpik dan menyiarkannya di dalam televisyen sebelum dimuat naik ke dalam Internet.

Namun, rahsia tokoh yang akan menyalakan obor Olimpik selepas Presiden China, Hu Jintao merasmikan sukan itu tetap tersimpan.

Bintang bola keranjang, Yao Ming yang membawa obor Olimpik melalui Medan Tianamen juga telah diberi penghormatan. Tradisi tetap memperuntukkan hanya seorang boleh membawa obor sekali sahaja semasa Olimpik.

Siapa yang akan menyalakan obor Olimpik selepas perasmian tetap menjadi rahsia penganjur yang hanya memberi bayangan tokoh itu merupakan seorang yang telah berjasa besar dalam dunia sukan dan penglibatan yang banyak di dalam komuniti.

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: