Ringkas Sukan

Wakil China jadi naib presiden IOC

BEIJING: Yu Zaiqing dari China dipilih sebagai naib presiden dalam Sidang Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Ke-120 di sini, semalam.

Presiden IOC, Jacques Rogge, mengumumkan keputusan pemilihan tersebut selepas Yu memenanginya dengan menerima 84 daripada 94 undi sah.

‘Terima kasih kerana memilih saya. Ia satu penghormatan yang tinggi,’ kata Yu, calon tunggal bagi jawatan yang dikosongkan oleh Gunilla Lindberg dari Sweden itu. — Xinhua.

Ketua Olimpik Nigeria yakin

LAGOS: Presiden Jawatankuasa Olimpik Nigeria, Habu Gumel, yakin pasukan negaranya akan membawa pulang pingat daripada Sukan Olimpik Beijing meskipun ramai rakyat negara itu meraguinya, demikian akhbar Tribune melaporkan kelmarin.

Gumel berkata atlit-atlit Nigeria membuat persiapan yang rapi temasya sukan terbesar dunia itu dan NOC memainkan peranan memastikan mereka mampu mencatat pencapaian terbaik di Beijing.

‘Pasukan awal kami telah pun berada di Kampung Sukan Beijing bagi membuat persiapan terakhir mereka,’ katanya. — Xinhua.

Sarkozy percaya Beijing hebat

PARIS: Sukan Olimpik Beijing akan menjadi temasya sukan yang hebat dan akan mencapai kejayaan yang besar, kata Presiden Perancis Nicolas Sarkozy kelmarin.

Dalam kenyataan bertulis kepada para wartawan China sebelum berlepas ke Beijing bagi menghadiri upacara pembukaan temasya tersebut, Encik Sarkozy berkata beliau amat gembira kerana diundang oleh Jawatankuasa Olimpik Perancis.

Inilah kali pertama seorang presiden Perancis menghadiri acara pembukaan Sukan Olimpik. — Xinhua.

AS pilih pembawa bendera Sudan

BEIJING: Amerika Syarikat memilih bekas pelarian Sudan, Lopez Lomong, untuk membawa bendera negara itu dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Beijing, satu langkah yang disifatkan boleh memalukan Sudan dan rakan rapatnya, China.

Lomong, atlit 1,500 meter yang menghabiskan masa 10 tahun di kem pelarian selepas meninggalkan Sudan sejak kecil, diberi penghormatan tersebut menerusi undian yang dibuat oleh semua kapten pasukan Olimpik Amerika.

‘Ini hari paling ghairah dan menggembirakan bagi saya,’ ujar Lomong, 23 tahun, sambil menambah: ‘Upacara pembukaan adalah detik terbaik dalam Olimpik.’ – Xinhua.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: