Bukan Saja Meriah Malah Disertai Ramai

OlehMohd Sani Ali

LEBIH banyak kegiatan di peringkat akar umbi akan dijalankan bagi memastikan suasana sambutan Sukan Olimpik Belia 2010 berjalan bukan sahaja meriah malah disertai pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Ini dibayangkan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Zainuddin Nordin, yang dilantik sebagai penasihat bagi Jawatankuasa Mendampingi Masyarakat di bawah Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Belia (SYOGOC).

Menurut Encik Zainuddin, pelbagai acara akan diusahakan bagi menyemarakkan lagi semangat dan pelibatan belia untuk menyambut ketibaan sukan pertama itu di sini dua tahun lagi.

‘Antara kegiatan yang dapat diatur ialah mengadakan peraduan kumpulan penyokong dan peraduan mencipta logo. Ini boleh dilakukan bagi pelbagai acara sukan yang akan dipertanding di sukan ini nanti,’ kata Encik Zainuddin, yang juga naib presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Peraduan seumpama itu pasti dapat menarik lebih ramai peserta daripada golongan belia dengan sukan Olimpik ini dianjurkan khas untuk mereka. Kumpulan belia boleh melibatkan diri walaupun mereka tidak terlibat dalam sebarang kegiatan sukan.

Selain daripada acara pertandingan, jawatankuasanya juga akan berusaha meningkatkan kegiatan bagi menarik lebih ramai warga setempat menyertainya.

Pihak jawatankuasa ini juga difahamkan mahu menjadikan kegiatan gaya hidup sihat sebagai budaya hidup masyarakat setempat dan secara tidak langsung ia tentu mampu menarik belia seumpana ini untuk dijadikan contoh.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jaques Rogge, pernah membayangkan Sukan Olimpik Belia merupakan garis permulaan warga muda melibatkan diri dalam sukan dan meneruskannya lagi pada peringkat tinggi.

Selain daripada itu, setiap warga juga boleh melibatkan sama dengan kegiatan bertukar-tukar budaya dengan para peserta dari luar negeri.

Kerana itu juga Encik Zainuddin, yang juga Mayor Central Singapore, berhasrat untuk meningkatkan lagi usaha bagi memastikan setiap warga tahu Sukan Olimpik Belia akan berlangsung di sini.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: