Daley Mahu Berpesta


BEIJING: Sukan Olimpik Beijing lebih merupakan aktiviti menyeronokkan buat penerjun platform Britain, Tom Daley.

Penerjun berusia 14 tahun itu menjadi tajuk utama sejak beberapa bulan lalu dan akan muncul selaku Olimpian Britain kedua termuda tatkala melakukan terjunan di Beijing, minggu depan.

“Semuanya mengagumkan setakat ini, pengalaman luar biasa,” kata Daley, semalam.

“Saya tidak sabar, saya hanya mahu beraksi dan bergembira.”

Penampilan Daley di Beijing mencetuskan minat media apabila ramai jurukamera dan jurugambar berebut merakam kelibat penerjun remaja itu.

Sejak layak ke Olimpik, dia mula dikenali peminat sukan terjun di China.

“Ketika berjalan sekitar bandar raya, ramai mengenali saya dan ganjil rasanya,” kata Daley.

“Anda impi menjadi orang terkenal ketika kanak-kanak, ia memang pelik kerana anda tidak menjangka itu akan berlaku.”

Meskipun muncul juara terjun Eropah paling muda pada usia 13 tahun, tahun ini, penerjun berketinggian 1.57 meter itu berkata, mustahil untuknya memperolehi pingat dalam temasya ini dan mensasarkan Sukan Olimpik London 2012 sebagai pentas untuknya menyinar.

“Saya hanya mahu melihat apa sebenarnya Olimpik dan akan membawa pengalaman itu ke London 2012,” tambahnya.

Pasangannya untuk acara platform serentak, Blake Aldridge, yang pasangan asalnya sebelum ini terkorban dalam kemalangan tahun lalu, berkata dia serasi dengan Daley.

“Tom banyak membantu saya. Kami terus serasi,” kata penerjun berusia 26 tahun itu.

“Dia seperti udara segar. Wajahnya sentiasa tersenyum, dia penuh semangat.” – Reuters

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: