Kecederaan Beri Peluang Gay Fokus Pada Persiapan

Dapat elak perhatian dan bantu dari
segi mental

BEIJING: Ada hikmah di sebalik kecederaan.

Inilah yang dijelaskan oleh pelari pecut Tyson Gay, yang berkata kecederaan yang dialaminya sepanjang bulan lalu membantu persiapan beliau kerana dapat melepaskan diri daripada perhatian umum.

Ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya bagi menghadapi perlumbaan 100 meter Sukan Olimpik ini.

‘Kini fikiran saya begitu relaks,’ kata Gay setibanya di Beijing dari Jerman, tempat beliau menjalani rawatan kejang otot yang dialami semasa ujian pasukan Amerika Syarikat bulan lalu.

‘Ia sesuatu yang mengecewakan tetapi saya fikir ia membantu saya terlepas daripada perhatian media buat seketika, tidak ada wawancara selama tiga atau empat minggu.

‘Ia membolehkan saya relaks dan tidak terlalu ghairah mengenai Olimpik kerana saya masih dalam proses pemulihan. Jadi saya rasa ia membantu dari segi mental.

‘Kini saya tidak merasakan banyak tekanan. Kejang otot saya sudah pulih dan saya banyak menjalani rawatan serta yakin akan mencapai kecergasan 100 peratus.’

Gay mencatat masa 9.68 saat, dengan bantuan tiupan angin, untuk memenangi ujian 100 meter tetapi terlepas bagi acara 200 meter akibat kecederaan semasa perlumbaan ujian.

‘Saya sungguh kecewa terlepas peluang berlumba acara 200 meter,’ tegas Gay, juara dunia bagi kedua-dua perlumbaan pecut itu.

‘Menjadi harapan saya membawa pulang tiga pingat emas – 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter. Sebab itu saya begitu kecewa terlepas bertanding acara 200 meter.’

Sebaliknya, Usain Bolt berpeluang memenangi kedua-dua pingat emas acara pecut di Beijing dan Gay sendiri tertarik dengan kemajuan lawannya itu.

‘Beliau mencatat rekod dunia dengan masa 9.72 saat, 9.76 saat dan 9.80 saat. Pencapaian ini cukup membuktikan keunggulannya,’ kata Gay.

‘Dengan mencatat masa 19.6 saat bagi 200 meter, beliau jelas atlit serba boleh.’

Seorang lagi pesaingnya dalam 100 meter ialah bekas pemegang rekod dunia, Asafa Powell, rakan senegara Bolt dari Jamaica.

‘Beliau tidak lagi menghadapi tekanan kerana perhatian seluruh negara kini tertumpu pada Usain Bolt untuk membawa pulang pingat- pingat emas,’ tegas Gay.

‘Saya pasti ini adalah Olimpik pertama mempunyai tiga pelari pecut yang mempunyai masa sekitar 9.70 saat… ini menjanjikan satu perlumbaan yang hebat dan menarik.’ – Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: