Kejayaan Ke Atas Italy Bekalan Bagi Skuad Wanita China

Sembilan pasukan
dunia uji
kemampuan

OlehMohd Sani Ali

SELAKU tuan rumah Sukan Olimpik Beijing, pasukan polo air wanita China menyuntik semangat juang yang tinggi untuk dibekalkan ke sukan berprestij itu yang akan dirasmi minggu depan.

Ini menyusuli kejayaan China mengatasi Italy 8-6 dalam Kejohanan Polo Air Undangan Pra-Olimpik yang berlangsung di Sekolah Sukan Singapura petang semalam.

China menggunakan Singapura sebagai pusat latihan mereka bersama Italy, Russia dan Greece di samping juara dunia pasukan lelaki, Croatia, juara Eropah, Montenegro, Italy, Jerman dan Australia.

Dengan dibimbing bekas jurulatih Sepanyol, Juan Jane, China mendahului 3-0 dalam suku pertama sebelum Italy merapatkan jurang 2-3 dalam suku kedua tetapi keazaman China yang menjadikan perlawanan di sini sebagai gelanggang persiapan kian menyerlah dalam suku ketiga.

China melebarkan jurang 5-3 dan menamatkan kempen pertama dalam kejohanan undangan ini 8-6.

Pasukan wanita Russia pula membuktikan mereka juga turut bersedia untuk merebut pingat di Beijing apabila ia membenam Greece 13-9 dalam pertarungan yang cukup menarik.

Bagaimanapun, Russia, yang dikenali kerana disiplinnya yang tinggi, kelihatan terlalu sukar untuk disaingi lawan apabila ia mendahuli 2-1, 7-4, 10-7 dan menamatkan perlawanan 13-9.

Dalam perlawanan pasukan lelaki, juara dunia, Croatia, disekat oleh Jerman 7-7.

Croatia, yang mengatasi Italy 7-4 dalam perlawanan pembukaan, mendahului 3-2 kemudian 5-4 sebelum Jerman mendahului 7-6.

Tetapi harapan Jerman untuk mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas membenam Australia 12-5 pada hari pertama tidak menjadi kenyataan apabila Mile Smodlaka menyumbatkan gol penyamaan Croatia pada minit-minit akhir.

Italy pula mengalami kekalahan keduanya semalam selepas dibenam 10-5 oleh juara Eropah, Montenegro.

Montenegro mendahului 2-0 tetapi Italy merapatkan jurang 2-3 sebelum ketinggalan 7-3 dan akhirnya tumpas 10-5.

Perlawanan akan diteruskan mulai 10 pagi ini dengan Australia pula menentang Italy.

Pertarungan antara Croatia dengan Montenegro dijangka sengit dan akan bermula 11.40 pagi.

Para peminat setempat turut berpeluang menyaksikan pasukan wanita China berentap dengan Russia pada 2.40 petang selepas pertarungan antara wanita Italy dengan Greece pada 1.20 petang.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: