Olimpik Beijing: Australia Bidas Penganjur Olimpik

Mendakwa laluan internet, sistem pengangkutan dan cuaca berjerebu jadi masalah

KETUA Olimpik Australia membidas penganjur sukan Olimpik Beijing mengenai jaminan mereka ke atas laluan internet dan berkata pengangkutan bas dan pencemaran masih menjadi satu masalah.

Penganjur Olimpik, BOCOG menarik balik larangan ke atas beberapa laman web internet awal minggu ini selepas aduan daripada media dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

“Kami akan lebih suka jika sebahagian daripada jaminan lain seperti membuka laman web tanpa sebarang sekatan, berlaku,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Australia, John Coates pada sidang akhbar beberapa jam sebelum pembukaan rasmi Temasya Beijing 2008.

“Beberapa daripadanya sudah dibuka, ada perkembangan, dan dari tempat duduk saya, beberapa perkara bergerak perlahan di negara ini. Ia kemungkinan perkembangan yang lebih biak berbanding apa yang mungkin kita di Barat fikirkan sebelum ini,” kata Coates, pegawai kanan yang terbabit dalam jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Sydney 2000.

Tatkala mengakui bahawa “China sudah melakukan segala-galanya dari segi gelanggang pertandingan yang ditawarkan kepada kami, mereka memberikan layanan mesra mengalukan kehadiran kami,” Coates berkata pengangkutan bas ke gelanggang mendayung masih menimbulkan masalah.

“Kami tidak gembira dengan kualiti bas yang disediakan untuk pengangkutan ke Coates.

Gelanggang pertandingan itu disenaraikan dalam laman web Olimpik sebagai terletak 36 kilometer dari Beijing dan perjalanan dengan bas mengambil masa 30 minit, tetapi Coates berkata perjalanan itu mengambil lebih daripada 50 minit. – AP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: