Olimpik Beijing: Bekele, Dibaba Sedia Dominasi Larian Jarak Jauh

BINTANG olahraga Habsyah kini sudah bersiap sedia mendominasi acara lari jarak jauh 5,000 dan 10,000 meter pada Sukan Olimpik Beijing yang bermula, semalam.

Tetapi jadual membebankan, beberapa pencabar sengit dan kualiti udara yang meragukan di ibu negara China ini boleh menghancurkan harapan mengungguli kedua-dua acara lari jarak jauh lelaki dan wanita negara itu, iaitu Kenenisa Bekele dan Tirunesh Dibaba.

Bekele dan Dibaba tiba di Beijing selaku raja dan ratu lari jarak jauh dan sebarang kegagalan mereka untuk mendapatkan pungutan pingat akan dianggap sebagai satu kejutan.

Bekele ialah juara bertahan 10,000m dan pemegang rekod dunia acara ini dan juga 5,000m. Dia juga juara dunia tiga kali dalam perlumbaan 10km, juga memenangi perak Olimpik (2004) dan gangsa (2003) dalam jarak yang lebih pendek.

Dia akan meletakkan rentetan 10 larian tanpa kalahnya dalam acara 10,000m untuk menguji keupayaannya berdepan pencabar seperti rakan senegara Haile Gebrselassie dan pemegang pingat perak Olimpik, Sileshi Sihine.

Gebrselassie, yang menang emas 10,000m di Atlanta pada 1996 dan Sydney pada 2000 sebelum menduduki tempat kelima empat tahun lalu, menolak sebarang idea untuk berlari dalam acara maraton di sebabkan kebimbangan kualiti udara di Beijing.

Tetapi Bekele cuba menepis komen kontroversi yang di buat rakan senegaranya berusia 35 tahun itu, dengan berkata dia tidak ada sebarang kebimbangan mengenai pencemaran udara di Beijing. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: