Olimpik Beijing: Dakwaan ‘Taktik Kotor’ Hangatkan Saingan

PERTARUNGANdi antara China dan Amerika Syarikat dalam acara gimnastik wanita bakal menjanjikan salah salah satu saingan paling sengit di Sukan Olimpik Beijing, dengan dakwaan taktik kotor sudah pun dilemparkan kepada tuan rumah – sekali gus menghangatkan bahang cabaran.

Skuad gimnas AS meragut kejuaraan berpasukan daripada China dengan kurang satu mata pada kejohanan dunia di Stuttgart, tahun lalu dan tuan rumah bertekad membalas dendam di hadapan penyokong sendiri di Stadium Tertutup Kebangsaan di Beijing.

Skuad gimnas wanita China juga mahu menebus kehampaan daripada temasya lalu di Athens, apabila mereka gagal memenangi sebarang pingat emas di sebalik dominasi mereka pada kejohanan dunia awal tahun itu.

Tetapi persediaan mereka menghadapi Temasya Beijing, dicemari dakwaan bahawa tiga daripada gimnas mereka adalah di bawah umur, tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh China.

Juara dunia disiplin melombol dari China, Cheng Fei (gambar kecil) memberi gambaran dalaman mengenai bebanan yang terpaksa dipukul gimnas negaranya di Beijing.

“Kadang kala saya berasa seperti sukar bernafas atau pun mahu menangis kerana tertekan tetapi sebaik pertandingan bermula, saya tidak akan memikirkan perkara lain dan hanya berusaha memberikan yang terbaik,” katanya.

Ada enam pingat emas menjadi rebutan dalam gimnastik wanita, pingat individu dalam disiplin melombol, palang tak selari, palang imbangan dan senaman lantai, serta terbaik keseluruhan dan berpasukan.

Sejumlah 12 pasukan akan bertanding iaitu AS, China, Romania, Russia, Itali, Britain, Perancis, Brazil, Ukraine, Jerman, Australia dan Jepun. Terdapat juga 26 gimnas individu daripada negara yang tidak bertanding dalam acara berpasukan. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: