Rencah Sukan Olimpik

Du tertekan rebut emas pertama

BEIJING: Harapan lebih satu bilion rakyat China terletak pada pundak Du Li untuk memenangi pingat emas pertama Olimpik hari ini dalam acara 10 meter raifal angin.

Harapan itu menjadi tekanan ke atas Du, yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens 2004, semakin hebat hinggakan jurulatih Wang Yifu mendapatkan khidmat pakar psikologi untuk membantunya.

‘Bermain di negara sendiri mungkin satu keistimewaan bagi sukan-sukan lain tetapi bukan menembak,’ kata Wang. — Reuters.

Davenport tarik diri

BEIJING: Bekas juara Olimpik, Lindsay Davenport, menarik diri daripada pertandingan perseorangan di Olimpik Beijing ini, demikian menurut Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) semalam.

Juara tiga grand slam dari Amerika Syarikat yang dihantui masalah kecederaan lutut kanannya itu masih menaruh harapan bermain dalam acara beregu bersama Liezel Huber.

Davenport, 32 tahun, tidak bermain sebarang perlawanan sejak Kejohanan Wimbledon Jun lalu, yang menyaksikan beliau menarik diri dalam pusingan kedua. — Reuters.

Skuad taekwando M’sia sasar 2012

KUALA LUMPUR: Sukan Olimpik Beijing baru dirasmikan malam tadi tetapi Persatuan Taekwando Malaysia (MTA) sudah pun memulakan persiapan menghadapi Olimpik London 2012 dengan menganjurkan kejohanan nasional minggu depan.

Presiden MTA, Raja Taharudin Raja Nong Chik, berkata kejohanan yang akan berlangsung di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang dari 16 hingga 18 Ogos itu bertujuan mencari pelapis bagi skuad negara menghadapi Sukan Olimpik London. — Bernama.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: