Roti Panda Olimpik

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN n.jagatheswary@kosmo.com.my


AIS krim berperisa vanila dan coklat turut disajikan di kedai tersebut.

KETIKA temasya Sukan Olimpik Beijing membuka tirainya secara rasmi pada malam semalam, seluruh atlet terbaik dunia kini bersedia menghadapi cabaran dalam sukan yang mereka ceburi.

Di sebalik debaran para atlet dunia bertanding, pelbagai pihak tidak mahu melepaskan peluang mempromosikan sesuatu yang unik untuk orang ramai. Ia tidak hanya dilakukan di lokasi tuan rumah Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China tetapi turut diraikan di beberapa negara luar yang mahu memeriahkan acara sukan paling berprestij di dunia ini di tempat mereka. Sukan ini begitu berprestij kerana ia diadakan sekali dalam setiap tempoh empat tahun.

ROTI-ROTI berbentuk haiwan yang sinonim dengan negara China iaitu panda mendapat sambutan masyarakat di Tokyo.

Misalnya di Tokyo, Jepun, kreativiti sebuah kedai membuat roti berjaya mencuri tumpuan pengunjung yang teruja melihat bentuk-bentuk roti yang ditawarkan kepada pengguna.

Kedai roti tersebut menghasilkan roti-roti yang berbentuk haiwan yang sinonim dengan negara China, panda. Selain roti manis yang membuka selera, mereka turut menyediakan ais krim yang memiliki rupa bentuk haiwan tersebut. Panda merupakan maskot bagi Sukan Olimpik Beijing.

Adunan roti dan ais krim yang dihasilkan ini dicampur dengan perasa vanila dan coklat. Tambahan bahan-bahan manis ini membuatkan hidangan istimewa di kedai roti itu mendapat sambutan hebat daripada masyarakat setempat.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: