Sukan Olimpik: Pelari Pecut Greece Diarah Pulang

Atlit pertama diuji positif sejak IOC ambil alih kawalan dadah

SEORANG pelari pecut Greece yang gagal dalam ujian doping beberapa hari sebelum beraksi di Sukan Olimpik Beijing muncul atlit pertama diuji positif sejak IOC mengambil alih kawalan dadah di temasya ini.

Tassos Gousis gagal ujian dilakukan agensi dadah Greece dan diarah pulang dari kem latihannya di Jepun.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengesahkan ujian positif itu dilakukan sejak ia mengambil alih secara rasmi ujian dadah untuk Sukan Olimpik pada 27 Julai lalu.

Tetapi ujian itu tidak diadakan sendirian dan ia turut membabitkan pihak berkuasa Greece untuk menanganinya.

“Ya, terdapat kes doping yang membabitkan penggunaan bahan terlarang dan ia ditemui agensi doping Greece,” kata jurucakap IOC, Giselle Davies kepada pemberita, semalam.

“Ia berlaku dalam waktu Olimpik, tetapi ia bukan ujian IOC. Ini adalah kes di bawah penyeliaan pihak berkuasa Greece. Atlit itu tidak akan datang ke Beijing, ” katanya lagi.

Atlit berusia 29 tahun itu dijadualkan beraksi dalam acara 200 meter pada temasya Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung dari 8 hingga 24 Ogos ini. – Reuters

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: