Agong Harapkan Emas


Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah bergambar dengan atlet-atlet Malaysia ketika melawat perkampungan Sukan Olimpik di Beijing, semalam. – Bernama

BEIJING – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan harapan supaya Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas yang pertama Sukan Olimpik pada majlis ramah mesra bersama atlet negara di perkampungan sukan semalam.

“Sukan Olimpik adalah kejohanan berprestij dan jika kontinjen Malaysia mencapai kejayaan, ia akan membawa kejayaan yang besar dan menaikkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa,” titah Tuanku Mizan.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Seri Paduka Baginda berdua turut berangkat ke upacara pembukaan di Stadium Sarang Burung malam kelmarin.

Tuanku Mizan bertitah, baginda berdua gembira dapat bersama-sama atlet dan sentiasa berdoa agar kontinjen Malaysia memperoleh kejayaan kerana jutaan rakyat menaruh harapan kali ini.

Malaysia masih menunggu pingat emas Sukan Olimpik pertama sejak menyertai temasya itu pada 1956. Sehingga ini, hanya pasukan badminton negara berjaya meraih satu pingat perak dan dua gangsa dan masih ketandusan pingat Olimpik sejak 1996.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah meluangkan masa kira-kira dua jam bersama-sama atlet dan melawat zon antarabangsa di perkampungan sukan yang menampung kira-kira 12,000 atlet dari 204 negara.

Antara atlet yang hadir ialah jaguh badminton Lee Chong Wei yang menanggung harapan terbesar. Beliau merupakan pemain pilihan kedua dalam pertandingan lelaki perseorangan yang dijangka sengit kerana pemain tuan rumah dan juara dunia, Lin Dan, juga memburu pingat emas.

Tuanku Mizan, yang juga seorang ahli sukan yang handal dalam ekuestrian, berharap semua atlet bersiap sedia menempuh cabaran dan mempamerkan tumpuan dan semangat kesukanan pada tahap yang tertinggi.

Sejumlah 33 atlet akan menyertai 10 acara sukan mewakili Malaysia kali ini.

– Bernama

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: