Emas Pertama Beijing 2008


BEIJING – Katerina Emmons (gambar) dari Republik Czech menghampakan harapan tuan rumah China untuk memperoleh pingat emas pertama Sukan Olimpik Beijing apabila dia mencatat kemenangan bergaya dalam acara air rifle wanita 10 meter, semalam.Emmons yang bertemu dan mengahwini penembak Amerika Syarikat, Matt Emmons selepas memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Athens 2004 berjaya menyamai rekod dunia sebanyak 400 mata di pusingan kelayakan.

Dia juga hampir mempamer persembahan yang mengagumkan dengan tanpa melakukan sebarang kecacatan di pusingan akhir untuk merangkul pingat emas pertama dengan pungutan 503.5.

Kejayaan Emmons dilihat lebih bermakna apabila pungutan yang dilakukan olehnya di pusingan akhir itu menjadi rekod baru Sukan Olimpik.

Atlet tuan rumah China, Du Li menitiskan air mata selepas berakhirnya acara tersebut kerana kecewa dengan prestasinya dan hanya sekadar menduduki tempat kelima.

Du Li merupakan pemenang pingat emas di Athens dan menjadi atlet pilihan di temasya tersebut beraksi di negara sendiri.

“Saya begitu gemuruh. Saya begitu sukar untuk melakukan tembakan. Ia adalah pertandingan yang sukar dilalui ketika perlawanan dan pada pusingan akhir, ia menjadi semakin susah.

“Kamu boleh menyaksikan kami berlari di sekeliling. Kami tidak mempunyai banyak masa selepas perlawanan kelayakan dan sebelum perlawanan akhir.

“Jantung kami sentiasa berdegup kencang. Saya sesungguhnya begitu gembira apabila semuanya selesai dan saya berjaya memenangi emas,” kata Emmons.

Lioubov Galkina dari Rusia memperoleh pingat perak dengan pungutan sebanyak 502.1 mata. Galkina juga memenangi pingat yang sama di Sukan Olimpik Athens.

Snjezana Pejcic dari Croatia memenangi pingat gangsa dengan pungutan 500.9 mata.

Emmons berjaya mencapai tembakan tepat dalam semua 40 pusingan kelayakan untuk memperoleh pungutan mata sempurna sebanyak 400, sekali gus membolehkannya beraksi di perlawanan akhir.

Du Li juga melakukan pungutan sempurna sebelum mendapat sembilan daripada 34 tembakan di pusingan kelayakan untuk menamatkan persaingan dengan kutipan 399 mata.

Dia begitu kecewa dengan persembahannya di pusingan kelayakan tersebut dan dilihat berusaha bersungguh-sungguh di pusingan akhir.

Emmons melangsungkan perkahwinan dengan penembak Amerika Syarikat tahun lalu dan dia sebelum ini dikenali sebagai Katerina Kurkova.

Matt Emmons berlari ke barisan hadapan penonton selepas isterinya itu memenangi emas dan menghadiahkan satu ciuman.

– Reuters

Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: