Nasib Messi Tergantung

CAS dijangka umum keputusan rayuan esok

BEIJING: Lionel Messi dan Ronaldinho telah diberikan sambutan hangat sebaik tiba di China bagi menyertai Sukan Olimpik Beijing.

Bagaimanapun, keputusan daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mungkin mampu mengubah suasana kemeriahan acara bola sepak.

Pemain penyerang Argentina, Messi, yang bakal menjadi salah seorang pemain berprofil tinggi pernah menyertai sukan berprestij ini, mungkin terkeluar daripada Olimpik jika peraturan CAS berpihak kepada kelabnya, Barcelona, yang telah membuat rayuan ke atas keputusan Fifa agar pemain itu dilepaskan kepada mereka.

Minggu lalu, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), badan induk kegiatan bola sepak dunia, memutuskan agar semua kelab dikehendaki melepaskan pemain di bawah usia 23 tahun jika mereka dipilih untuk mewakili negara mereka bagi Olimpik.

Pihak CAS dijangka akan mengumumkan keputusan rayuan tersebut pada atau sebelum Rabu ini.

Ketiadaan Messi disifatkan sebagai suatu kehilangan dan pasti mengecewakan ribuan peminat bola sepak di Shanghai, di mana Argentina selaku juara bertahan, akan bermain dua perlawanan pusingan kelayakan di sana.

Mereka kemudian akan beraksi di Beijing bagi melengkap jadual perlawanan Kumpulan A yang turut menampilkan Serbia, Australia dan Ivory Coast.

Ketibaan Messi di Shanghai pada Jumaat lalu telah menarik perhatian para peminat yang turut memburu untuk mendapatkan tandatangannya.

Ronaldinho, bekas Pemain Terbaik Dunia dua kali, tampil sebagai salah seorang daripada tiga pemain berusia lebih daripada 23 tahun.

Beliau hadir di China atas restu kelab barunya, AC Milan, dan kehadirannya di Shenyang, di mana Brazil akan menentang Belgium pada perlawanan pembukaan 7 Ogos, turut membuat keadaan lebih kecoh.

‘Ronaldinho telah dikerumuni pemburu autograf, meneriak namanya dan ramai lagi yang mengambil foto pemain berkenaan,’ kata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dalam lelaman mereka http://www.cbf.com.br.

‘Terlalu ramai orang hingga menyebabkan pemain berkenaan sukar untuk menuju ke bas pasukan Brazil. Masalah utama yang timbul ialah pegawai polis dan pegawai keselamatan meninggalkan tugas masing-masing untuk sama-sama berebut mendapatkan tandatangannya.’

Walaupun kehadiran Ronaldinho sudah pasti, dua lagi anggota skuad – pemain pertahanan, Rafinha; dan pemain midfield, Diego; – turut terlibat dengan pertikaian antara kelab dengan negara yang mengaitkan kelab Schalke 04 dan Werder Bremen.

Kelab-kelab Jerman turut membuat rayuan kepada CAS bagi melepaskan dua pemain tersebut kepada mereka dan kes tersebut akan diadili bersama rayuan Barcelona.

Bagaimanapun, tidak segera diketahui apakah pemain berkenaan akan pulang ke Jerman kerana mereka telah pun membantah arahan kelab tersebut untuk menyertai skuad Brazil ke Beijing. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: