Sukan Olimpik Catat Sejarah Duka


PENGAWAL keselamatan menghalang laluan masuk ke Menara Gendang setelah seorang pelacong warga AS mati di Beijing semalam.

BEIJING – Hari pertama Sukan Olimpik Beijing semalam mencatatkan sejarah duka apabila dua saudara seorang jurulatih pasukan bola tampar Amerika Syarikat (AS) diserang mengakibatkan seorang daripadanya mati.

Mangsa diserang seorang warga China bersenjatakan pisau di sebuah pusat pelancongan tetapi suspek kemudian membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua Menara Gendang.

Serangan yang berlaku pada waktu tengah hari itu mengejutkan ramai pihak kerana jenayah terhadap pelancong asing jarang berlaku di China.

“Keluarga mangsa sangat sedih dan terkejut,” kata jurucakap Jawatan Kuasa Olimpik AS, Darryl Seibel.

Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah tetapi Seibel enggan menamakan jurulatih tersebut.

Agensi berita Xinhua melaporkan suspek sebagai Tang Yongming, 47, dari Hangzhou.

Yongming turut menikam pemandu pelancong mangsa di tingkat dua menara kurun ke-13 itu sebelum bertindak terjun dari tingkat dua yang berketinggian 40 meter.

Polis mula menghalang laluan menuju ke Menara Gendang dan menutup kawasan kejadian dengan pita kuning manakala pasukan forensik mengambil sampel dari menara serta jalan berhampiran.

“Berlaku perkelahian sebelum itu,” kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Wang. – AP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: