Sukan Olimpik: Emas Pertama Milik Republik Czech


BANGGA: Katerina Emmons memperaga pingat emas acara 10m air rifle, semalam.

PENEMBAK Republik Czech, Katerina Emmons mengatasi masalah pening untuk tampil memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik 2008, semalam sambil mencipta rekod baru temasya berkenaan pada hari pertama pertandingan selepas upacara perasmian menakjubkan Sukan Olimpik Beijing, kelmarin.

Selepas China menunjukkan kekayaan sejarahnya pada majlis penuh gemilang semalam, peserta memulakan buruan tujuh emas mereka pada hari pembukaan acara saingan.

Emas pertama hadir di lapangan menembak apabila Katerina menghancurkan harapan China untuk memulakan permulaan diimpikan, meninggalkan juara bertahan, Du Li di tangga kelima dalam acara 10 meter air rifle wanita.

“Saya tidak mempercayainya. Kepala saya sakit pagi ini. Saya rasa amat teruk sehingga saya tidak tahu bagaimana tembakan saya. Jadi untuk menjuarai pingat emas pertama di Olimpik ini sangat menakjubkan,” katanya.

Katerina menyamai rekod dunia dalam pusingan kelayakan dan menamatkannya dengan mata keseluruhan 503.5, memecahkan rekod Olimpik 502 dicipta Li, empat tahun lalu. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: