Sukan Olimpik: Lagat Mahu Akhiri Badi, Raih Emas Untuk AS

BERNARD Lagat dua kali kempunan untuk Kenya tetapi kali ini di Olimpik Beijing dia akan berusaha sedaya upaya bagi memburu pingat emas dalam acara 1,500m untuk negara barunya, Amerika Syarikat.

Atlit berusia 33 tahun itu sekadar meraih gangsa pada 2000 di belakang pelari Kenya, Noah Ngeny manakala 2004 dia mendaki satu tangga untuk mendapat perak selepas gagal menyaingi Hicham El Guerrouj.

Kali ini, dia akan memastikan dapat meninggalkan Hicham yang berasal dari Maghribi serta menyamakan rekod catatan Paavo Nurmi pada 1924 bagi meraih emas dalam acara 1,500, dan 5,000m.

Dia sudah pun menamatkan kesangsian terhadap kemampuan menangani acara besar dengan memenangi dua acara itu pada kejuaraan dunia 2007 di Osaka Jepun, tetapi kini amat terdesak untuk meraih gelaran Olimpik ketika dirinya semakin dimamah usia.

“Saya terpaksa kembali ke Olimpik untuk cuba dan mendapatkan pingat emas. Saya berasa amat selesa ketika ini dan tidak ada terlalu banyak tekanan,” kata Lagat yang baru sekali saja ditewaskan pada tahun ini.

“Tahun lalu, saya mengalami masalah dengan perut ini. Tahun ini saya begitu sihat. Saya berasa lebih kuat andai saya layak ke saingan akhir 1,500m, saya akan berusaha bermati-matian kerana itu menjadi matlamat saya,” katanya.

Lagat yang mempunyai 10 adik beradik dan terlepas saingan kejuaraan dunia 2003 disebabkan berlaku kekeliruan yang menyebabkan dia didakwa mengambil dadah penggalak darah, turut mendapat suntikan semangat daripada keluarganya untuk berjaya. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: