Angkatan Emas Prapawadee


AKSI Prapawadee ketika memenangi emas kategori 53 kilogram wanita pada Sukan Olimpik XXIX di Beijing semalam.

BEIJING – Atlet angkat berat dari Thailand, Prapawadee Jaroenrattanatarakon berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat negaranya apabila memenangi kategori 53 kilogram wanita pada Sukan Olimpik XXIX Beijing semalam.

Jaroenrattanatarakoon yang menukar namanya tahun lepas, mencipta rekod baru Olimpik dalam acara clean and jerk dengan angkatan 126kg untuk memenangi pingat emas dengan jumlah keseluruhan angkatan 221kg.

Atlet berusia 24 tahun yang sebelum ini dikenali sebagai Junpim Kuntatean berkata tukang tilik mengarahkannya menukar nama pada tahun lepas untuk mencerahkan nasibnya dan nampaknya ia telah berjaya.

“Saya tukar nama itu kerana saya mahu muncul juara pada Sukan Olimpik,” kata Jaroenrattanatarakoon.

“Saya tidak tahu jika kamu percaya pada tukang tilik atau tidak, tapi dia kata jika saya tukar nama, saya akan menang pingat emas.”

Atlet Thailand itu yang menerima sokongan daripada penonton, diramal mampu memecah rekod dunia 129kg acara clean and jerk yang dipegang juara dunia dari China, Li Ping apabila mencuba angkatan seberat 130kg pada percubaan terakhir.

Begitupun, usahanya itu tidak berhasil dan terpaksa berpuas hati dengan kilauan emas selain satu catatan rekod baru Sukan Olimpik.

Yoon Jinhe dari Korea Selatan memenangi pingat perak dengan jumlah angkatan 213kg untuk kiraan semula manakala Nastassia Novikava dari Belarus yang juga mengangkat 213kg keseluruhan memenangi pingat gangsa.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: