Bego Capai Sasaran


JAGUH renang negara, Daniel Bego memperbaharui rekod kebangsaannya sendiri dalam acara 200m gaya bebas dengan catatan 1:50.92 saat pada saringan Sukan Olimpik di Pusat Akuatik Nasional, semalam.

Walaupun hanya menduduki tempat keenam daripada tujuh peserta acara saringan yang dikuasai perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps, pencapaian Bego tetap boleh dibanggakan kerana berjaya memperbaharui rekod kebangsaan 1:51.05s yang dilakukannya pada Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu 2008, Mei lalu.

Perenang dari Sarawak itu memiliki dua rekod kebangsaan dalam acara 100m dan 200m kuak kupu-kupu.

Dia akan bersaing dalam acara 200m kuak kupu-kupu, malam ini, dengan harapan untuk layak ke separuh akhir. Catatan terbaiknya dalam acara itu ialah 1:59.40s.

Dalam acara 400m gaya bebas wanita, perenang negara, Kho Cai Lin hanya menduduki tempat keenam dalam saringan dengan masa 4:23.37s, iaitu jauh daripada pencapaian terbaik peribadi 4:18.20s.

Beliau mempunyai satu lagi acara, 800m gaya bebas dalam saingan Sukan Olimpik.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: