Iran Berdepan Tindakan IOC Akibat Penarikan Alirezaei


BEIJING: Iran bakal berdepan tindakan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana menarik diri daripada saringan acara 100 meter kuak dada Sukan Olimpik Beijing berpunca penyertaan perenang Israel, kata pegawai Olimpik, semalam.

Lorong satu milik perenang Iran, Mohammad Alirezaei, kosong ketika acara itu dimulakan dengan perenang Israel, Tom Beeri, yang bermula di lorong ketujuh, menamatkan cabaran di tangga keempat.

Jurucakap IOC, Giselle Davies, berkata pihaknya tidak tidak begitu pasti mengenai situasi itu namun dia menyuarakan polisi IOC.

“Saya tidak akan mengeluarkan komen terperinci mengenai insiden itu,” katanya.

“Di bawah semangat saling menghormati dan kesukanan, IOC akan memandang perkara ini secara serius jika benar dia mengambil keputusan menarik diri.”

Israel, negara Timur Tengah, menganggap Iran sebagai ancaman utama kerana menjalankan program nuklear dan tindakan pemerintah Iran tidak mengiktiraf kewujudan negara Yahudi itu.

Pada Olimpik Athens 2004, juara judo dunia dari Iran, Arash Miresmaeili yang dianggap prospek utama merangkul emas, enggan berdepan wakil Israel, Ehud Vaks pada pusingan pertama ekoran kekejaman Israel ke atas Palestin.

Miresmaeili, juara dunia dua kali kategori flyweight, tetap menerima imbuhan AS$5,000 (RM17,000) daripada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Iran (Inoc) yang dijanjikan kepada pemenang pingat dan dia turut dipuji bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami atas pendiriannya.

Nama Beeri langsung tidak disebut ekoran penarikan diri Alirezaei selepas perlumbaan.

Terdapat laporan mengatakan atlit Iran sedia berdepan wakil Israel pada temasya Olimpik Beijing, buat pertama kali sejak revolusi Islam 1979.

Inoc berkata, acara renang ‘tidak membabitkan cabaran bersemuka’, jadi tiada masalah untuk atlitnya menyertai acara itu. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: