Ketepi Konflik Negara


BEIJING: Negara mereka mungkin berdepan konflik tetapi seorang atlit Russia dan Georgia berkongsi podium serta berpelukan selepas memenangi pingat Olimpik, semalam.

Sehari selepas atlit Georgia berhasrat meninggalkan China berikutan keganasan di negara mereka, Nino Salukvadze memenangi pingat pertama mereka di Sukan Olimpik Beijing dalam acara menembak 10m air pistol wanita.

Penembak Russia, Natalia Paderina meraih pingat perak dan selepas majlis penganugerahan pingat, Nino memeluk Natalia dan kedua-dua mereka bergambar bersama. Natalia kemudiannya mencium pipi Nino.

“Pingat ini amat bermakna buat Georgia, terutama dalam keadaan seperti ini,” kata Nino, “Saya begitu cemas hari ini. Ia keadaan yang sukar buat rakyat negara saya,” katanya.

Kerajaan Georgia memutuskan untuk mengekalkan 35 atlit mereka beraksi di Olimpik, biarpun keadaan mereka agak terganggu dengan situasi semasa.

Russia menghantar ratusan kereta perisai dan tentera ke daerah puak pemisah di Ossetia Selatan dan mengebom bandar di Georgia, kelmarin, ketika pertikaian semakin memuncak.

Dianggarkan 1,500 orang terkorban dalam pertempuran membabitkan kedua-dua pihak.

Jurucakap pasukan itu berkata, atlit Georgia bersedia meninggalkan Olimpik jika perkara itu akan membantu memulihkan keadaan tetapi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan, semalam, kedua-dua negara itu memutuskan untuk tetap berada di Beijing.

Georgia memenangi 13 pingat dalam sejarah Olimpik, termasuk dua emas di Athens pada 2004. Ia pingat pertama mereka dalam acara menembak.

“Amat sukar bagi kami sebagai rakyat Georgia dengan apa yang berlaku di tanah air kami. Keadaan semakin baik apabila Natalia datang kepada saya dan berjabat tangan,” kata Nino.

“Semalam (kelmarin) saya fikir pasukan Olimpik Georgia akan menarik diri,” katanya. – AP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: