Penukaran Nama Bawa Emas Bagi Peserta Thailand

BEIJING: Namanya barangkali sukar disebut tetapi membawa tuah.

Dengan menukar namanya kepada Prapawadee Jaroenrattanatarakoon, peserta Thailand itu memenangi pingat emas Sukan Olimpik dalam acara angkat berat wanita kelas 53 kilogram di sini, semalam.

Sebelum ini, namanya ialah Jumpim Kuntatean tetapi setelah menemui seorang tukang tilik, namanya ditukar pada tahun lalu untuk membawa tuah kepadanya dalam sukan ini.

Peserta Korea Selatan, Joon Jinhee, memenangi perak, sementara Natassia Novikava dari Belarus gangsa.

Selepas kemenangan itu, Jaroenrattantarakoon tidak lupa menyebut jasa tukang tilik itu.

‘Saya menukar nama saya kerana saya teringin memenangi pingat dalam Sukan Olimpik.

‘Saya tidak tahu sama ada anda percaya kepada tukang tilik atau tidak tetapi beliau memberitahu saya jika saya menukar nama saya, saya akan memenangi pingat emas,’ jelasnya.

Beliau berkongsi kedudukan Novikava selepas bahagian snatch tetapi berjaya memenangi acara itu selepas mengangkat 120 kilogram dalam bahagian clean and jerk.

Selepas mencatat rekod Sukan Olimpik dalam percubaan keduanya, beliau bertekad memecahkan rekod dunia dalam bahagian clean and jerk dalam percubaan ketiga tetapi gagal.

Namun, beliau masih tetap tersenyum gembira.

‘Saya tidak kecewa kerana tidak dapat memecahkan rekod dunia. Yang penting, saya memungut pingat emas,’ ujarnya.

Ketiadaan para peserta China dalam kelas ini membantu kejayaan beliau kerana negara tuan rumah mempunyai ramai peserta angkat berat terkemuka, termasuk juara dunia, Li Pin.

Namun, China lebih mengutamakan kelas-kelas tertentu kerana setiap negara hanya dibenarkan diwakili empat peserta.

Sementara itu, peserta China, Long Qingquan, 17 tahun, memenangi kelas 56 kilogram lelaki dengan mengangkat seberat 292 kilogram.

Tempat kedua dimenangi peserta Vietnam, Hoang Anh Tuan, sementara Eko Irawan dari Indonesia menduduki tempat ketiga. — AP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: