Sukan Olimpik: Guo, Wu Mulakan Pungutan


TIADA TANDINGAN: Guo (kiri) Wu mempertahankan emas acara 3m papan anjal seirama yang dimenangi empat tahun lalu di Athens.

Letakkan tuan rumah dalam landasan menyapu bersih 8 emas acara terjun

GANDINGAN penerjun China, Guo Jingjing dan Wu Minxia memenangi emas pertama acara terjun pada temasya Olimpik Beijing, sekali gus meletakkan tuan rumah dalam landasan untuk mungkin menyapu bersih lapan emas kali ini.

Guo dan Wu, berstatus juara dunia, mempertahankan emas acara 3m papan anjal terjun serentak yang dimenangi empat tahun lalu di Athens, menamatkan saingan dengan himpunan 343.50 mata.

Mereka mendahului semua lima pusingan dan dibantu sokongan padu penyokong tempatan yang mengibarkan bendera di gelanggang Kiub Air itu.

Julia Pakhalina dan Anastasia Pozdnyakova dari Russia memenangi pingat perak dengan jumlah 323.61 mata.

Ditte Kotzian dan Heike Fischer dari Jerman meraih gangsa dengan 318.90 mata.

Penerjun Amerika Syarikat, Kelci Bryant dan Ariel Rittenhouse, terlepas meraih pingat akibat kekurangan hanya 4.5 mata, menduduki tempat keempat hasil himpunan 314.40 mata. Amerika Syarikat tidak menang pingat acara terjun sejak 2000, selepas pulang dengan tangan kosong di Athens 2004.

Bryant dan Rittenhouse terikat sama di tempat pertama selepas pusingan pertama, merosot ke tangga kelima, kemudiannya bangkit untuk berkongsi tangga ketiga pada penerjunan ketiga.

Penyokong Amerika kemudiannya mengejek apabila mata untuk pelaksanaan terjunan – yang jurangnya antara 6.0 hingga 7.5 mata – mereka ditunjukkan selepas terjunan keempat, yang menyaksikan mereka jatuh ke tangga kelima. Kedua-duanya memperbaiki terjunan pada cubaan terakhir untuk naik ke tangga keempat.

Penyokong China jelas membingitkan suasana apabila Guo dan Wu menerima 10 markah daripada tiga juri untuk keseragaman terjunan ketika melakukan aksi terjun belakang pada pusingan kedua.

Pakhalina kembali menaiki podium kemenangan untuk temasya ketiganya, biarpun kali ini dengan pasangan berbeza. Penerjun Russia itu menang emas acara itu di Sydney dan perak di Athens bersama Vera Ilyana, yang sudahpun bersara.

Fischer dan Kotzian menduduki tempat kedua di belakang Guo dan Wu pada kejohanan dunia tahun lalu.- AP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: