Sukan Olimpik: Impian Palsu Trio Pemanah

Daripada Norbakti Alias
Norbakti@nstp.com.my


HAMBAR: Pemanah negara (dari kanan) Wan Khalmizan, Chu Sian dan Muhammad Marbawi meninggalkan gelanggang selepas tewas kepada Itali saingan suku akhir berpasukan lelaki recurve, pagi semalam.

Wan Khalmizam, Chu Sian dan Marbawi gagal atasi cabaran Itali

PENYAKIT lama atlit negara yang kerap lesu pada ketika harapan tinggi disandarkan kepada mereka, kini berjangkit kepada skuad memanah.

Selepas tampil memberangsangkan pada aksi penentuan ranking bagi acara berpasukan dan individu, Sabtu lalu sehingga mencetuskan harapan meraih pingat, tanpa mengira warna, segalanya lebur apabila trio negara tewas kepada Itali di saingan suku akhir di Padang Memanah Olimpik Green, semalam.

Trio – Wan Khalmizam Wan Abd Aziz, Cheng Chu Sian dan Muhammad Marbawi Sulaiman – tewas 218-213 di tangan Itali, sekali gus mengakhiri impian indah mereka yang bermula sejak tampil dengan status pasukan keempat dunia ketika ini.

Malah, kejayaan meletakkan diri dalam ranking ketiga di Sukan Olimpik ini, bagi mengelakkan pertemuan awal dengan juara dunia dan Olimpik, Korea Selatan, dilihat mencerahkan peluang untuk sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir.

“Saya sudah melakukan yang terbaik hari ini (semalam). Saya percaya perlawanan ini pasti dalam jangkauan jika rakan sepasukan yang lain dapat menepati sasaran,” katanya.

Selepas kedua-dua pasukan terikat 54-54 pada pusingan pertama enam panah, trio Itali yang terdiri daripada juara Olimpik, Marco Galiazzo, Mauro Nespoli dan Ilario Di Buo, mula menjarakkan diri dengan 109-108 pada pusingan kedua.

Aksi lesu Chu Sian yang mencatat enam mata di pusingan ketiga turut memberi peluang kepada Itali membuka jurang kelebihan lebih besar dengan mendahului 164-159 sebelum sekali lagi sekadar mencatat tujuh di pusingan keempat, bagi memberi ruang kepada Itali untuk menamatkan acara itu dengan 218-213.

“Saya gagal menepati sasaran kerana agak gemuruh ketika membuat bidikan sedangkan ketika latihan, ia tidak ada sebarang masalah,” kata Chu Sian.

Ketiga-tiga pemanah negara akan kembali ke gelanggang sama untuk beraksi dalam acara individu, esok dengan Wan Khalmizam mendapat ranking kelima diikuti Chu Sian (26) dan Muhammad Marbawi (27).

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: