Sukan Olimpik: London Mahu Belajar Daripada Beijing

SEWAKTU Olimpik Beijing rancak berlangsung, beratus-ratus pegawai Britain berada di China untuk mengkaji dan melihat perjalanan sukan serta bertungkus lumus untuk merancang temasya yang lebih baik apabila London menganjurkannya pada 2012.

Pegawai terbabit akan melawat beberapa lokasi utama dan bertemu dengan penganjur untuk melihat bagaimana mereka dapat menangani kebanjiran lebih 15,000 atlit, 20,000 pemberita dan ribuan lagi penyokong.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown yang menyaksikan kehebatan acara perasmian sukan Olimpik pada Jumaat lalu dan Datuk Bandar London, Boris Johnson, akan menyertai mereka untuk acara penutupan rasmi 24 Ogos ini, untuk menerima penyerahan penganjuran Olimpik kepada London.

Pasukan London dikritik hebat berikutan kehadiran jumlah pegawainya di Beijing dengan parti pembangkang kedua Britain, Liberal Demokrat membayangkan pegawai itu melancong percuma manakala yang lain mempersoalkan berapa banyak yang mampu dipelajari London daripada Beijing, terutama disebabkan jurang bajet antara dua temasya itu.

Beijing dilaporkan memperuntukkan lebih 20 bilion dolar (RM40 bilion) dan kemungkinan menjadi temasya paling mahal pernah dianjurkan.

Sebaliknya, bajet asal London yang hanya sekitar 3.4 bilion pound sudah ditingkatkan sebanyak tiga kali ganda kepada 9.3 bilion pound (RM 55.8 bilion).

Penduduk Britain yang masih dapat mengingat masalah yang tercetus kepada beberapa projek mega sebelum ini seperti Stadium Wembley dan Kubah Millennium. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: