Sukan Olimpik: Thanou Kempunan Beraksi Olimpik


Dia dan Kenteris terlepas dari ujian doping pada 2004

PELARI pecut Greek, Katerina Thanou (gambar) dilarang mengambil bahagian di Olimpik Beijing oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam ekoran dakwaan pembabitannya dalam skandal ujian dadah di Olimpik Athens empat tahun lalu.

Lembaga Eksekutif IOC mengambil keputusan itu selepas siasatan yang dijalankan panel disiplinnya berkaitan pemilihan Thanou dalam pasukan 100 meter Greece, kata jurucakap IOC, Giselle Davies.

Thanou dan rakan pelari pecutnya dari Greek, Kostas Kenteris, terlepas daripada sesi ujian doping menjelang temasya 2004 itu kerana mendakwa mereka mengalami kecederaan selepas terbabit dalam nahas motosikal.

Kedua-dua atlit itu kemudian menarik diri daripada Olimpik dan memulangkan kembali kad akreditasi mereka. Ketika itu, IOC tidak mengenakan hukuman ke atas mereka tetapi mereka kemudian digantung selama dua tahun oleh Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa.

Thanou kembali bertanding pada 2007 dan dipilih untuk menyertai pasukan Greece.

Sebelum ini, Presiden IOC, Jacques Rogge, berkata jawatankuasa itu berhak untuk melakukan prosedur disiplin ke atas Thanou dan Kenteris andai mereka cuba mendapatkan kad akreditasi yang baru.

Dan sejurus melihat nama Thanou tersenarai, tiga panel jawatankuasa bersidang pada Khamis lalu untuk menimbang kes berkenaan dan mereka membuat cadangan kepada lembaga eksekutif pada pagi semalam.

Davies berkata, lembaga eksekutif menerima cadangan panel itu bahawa Thanou tidak layak untuk bertanding di Beijing berdasarkan perlembagaan Olimpik fasal 23.2.1.

Dia berkata, lembaga itu bebas dalam membuat keputusan dalam usaha memberikan mesej tegas bagi menghalang Thanou mencemari imej sukan Olimpik.

“Kisah mereka ini berkaitan dengan perkara ini terlalu panjang,” kata Davies. “IOC melihat daripada rentetan yang berlaku dan menganggap wujud skandal besar menyelubungi temasya di Athens mengakibatkan imej IOC tercalar..”

IOC boleh menghalang atlit bertanding di Olimpik andai mereka didapati bersalah melakukan perbuatan mencabuli peraturan atau terbabit dalam perkara yang boleh menjejaskan imej Olimpik. – AP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: