Bindra Menang Emas Individu Pertama Untuk India

BEIJING: Abhinav Bindra memenangi pingat emas individu yang pertama bagi India semalam, dan berkata bahawa ia adalah ganjaran kerana ‘melubangkan sasaran kertas’ sepanjang hidupnya.

Bindra, seorang peniaga berusia 25 tahun dari Chandigarh, dua tahun lalu telah memenangi kejuaraan dunia dan semalam, menyusulnya dengan memenangi pingat emas acara 10 Meter Senapang Angin Lelaki.

Juara Olimpik Athens, Zhu Qinan dari China, sekadar memenangi perak sementara Henri Hakkinen dari Finland menang gangsa selepas berlaku salah satu persaingan yang paling sengit dalam sejarah acara menembak Sukan Olimpik.

Bindra, yang ketinggalan dua mata selepas pusingan kelayakan, mengatasi saingannya dalam final 10 tembakan sedang beliau berada sama dengan Hakkinen pada 689.7 mata pada tembakan yang terakhir.

Sedang Bindra mencatatkan 10.8 mata dalam tembakan yang terakhir, Hakkinen hanya mencatatkan 9.7 mata dan sekali gus menyerahkan tempat kedua kepada Zhu yang mencatatkan 10.5 mata.

‘Ini adalah yang terbaik dalam kehidupan saya,’ kata Bindra, pemenang anugerah sukan yang tertinggi di India – Rajiv Gandhi Khel Ratna (Permata Sukan) – dalam 2001.

Sementara itu, Satu Makela-Nummela dari Finland, ibu dua anak berusia 36 tahun, memenangi emas acara Perangkap Wanita dalam penampilan sulungnya di temasya Olimpik.

Zuzana Stefecekova dari Slovakia menang perak sementara Corey Cogdell dari Amerika Syarikat menang gangsa selepas diadakan tembakan penentuan dengan tiga peserta lain.

‘Sungguh menakjubkan,’ kata Makela-Nummela. ‘Saya tidak percaya boleh menang hari ini.

‘Saya tidak dapat memberi tumpuan pada pusingan akhir kerana saya asyik teringatkan kampung halaman.

‘Tetapi bagus juga saya tidak memikirkan mengenai keputusan atau siapakah yang sedang mengejar saya. Itu yang membantu saya tidak berasa tertekan.’ – AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: