China Bukti Cemerlang

OlehYusoff A. Rahman

MALAM tadi, semua tabir rahsia pembukaan Sukan Olimpik Beijing terbuka dan diketahui oleh empat bilion penduduk dunia.

China telah bertungkus lumus selama tujuh tahun untuk menunggu detik yang bersejarah ini.

Kini di depan para atlit 10,500 atlit dari lebih 204 negara dan lebih daripada 80 pemimpin dunia termasuk Menteri Pembimbing Singapura, Encik Lee Kuan Yew, China menghidangkan pembukaan Sukan Olimpik Beijing yang merakamkan warna kegemilangan, lapisan keunikan dan kepelbagaian sejarah negara itu selama 5,000 tahun dalam batasan waktu selama tiga jam setengah.

Sesungguhnya, tugas berat itu diserahkan kepada anak watannya, yang juga pengarah filem China yang terkenal, Zhang Yimou, yang sepanjang tiga tahun lalu, telah memerah otak untuk mencari idea terbaik untuk menghasilkan pelbagai persembahan yang cantik dari segi pakaian dan lembut dari gerak geri tarian.

Kesemuanya, 15,000 peserta telah membangkitkan sebuah nostalgia kegemilangan China tradisi dan moden.

Hasilnya, mengagumkan. Yang berada di Stadium Sarang Burung seramai 91,000 pasti terhibur. Yang melihat melalui kaca televisyen, yang dianggarkan hampir empat bilion, tentunya terpesona.

Barangkali tidak keterlaluan menyebut pembukaan ini lebih berkesan daripada Sukan Olimpik Athens. Tetapi ini boleh dimengertikan, China telah membelanjakan AS$70 bilion ($91 bilion) berbanding Greece AS$11.7 juta untuk sukan yang julung-julung dianjurkan ini.

Mengikut kepercayaan orang China, angka lapan begitu bererti. Maka pembukaannya diadakan pada 8 Ogos dan bermula tepat pada 8 malam.

Semua berjalan mengikut atur acara termasuk kemunculan kontinjen Singapura seramai 26 peserta dengan Li Jiawei sebagai pembawa bender negara.

Mulai hari ini, mereka akan beralih perhatian. Bermula persaingan, berlaga kekuatan dan ramai yang kecundang.

Hanya juara yang selalu dikenang.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: