Ikut Contoh China Terus Nyalakan Obor Di Sebalik Bencana

OlehAbdul Muhaimin Abdul Rahman Raffles Institution

DI Singapura, warga kita sibuk dengan persiapan Hari Kebangsaan, bahkan pemerintah kita berbelanja jutaan dolar untuk meraikannya.

Namun, bukan kita sahaja yang sibuk; negara-negara di seluruh dunia pun sibuk bersiap-siap untuk Sukan Olimpik yang baru bermula di Beijing, China.

Yang saya lihat daripada liputan media, pemerintah China telah banyak berusaha untuk acara Olimpik ini. Misalnya, jumlah wang yang dibelanjakan untuk melancarkannya dilaporkan hampir mencapai AS$40 bilion ($55 bilion)!

Walaupun begitu, banyak masalah yang menimpa China dan mengancam untuk menghindari kejayaan Sukan Olimpik 2008.

Bencana alam masih berlaku di sekeliling Beijing. Baru-baru ini, gempa bumi dan ribut taufan melanda Sichuan dan daerah-daerah lain berhampiran dengan Beijing.

Ini sedikit sebanyak menjejas Sukan Olimpik kerana kekhuatiran bahawa situasi di sana kurang selamat untuk diadakan acara-acara sukan. Juga ada masalah jerebu yang menjejas penglihatan dan kesihatan.

China juga menghadapi rusuhan yang kerap berlaku di antara penduduk Tibet dengan pemerintah disebabkan sejarah lampau.

Para penduduk berasa takut kerana rusuhan yang besar mungkin akan menyebabkan kerosakan dan korban nyawa. Mujurlah acara bergilir-gilir larian obor Olimpik berjalan dengan lancar tanpa masalah.

Bukan itu sahaja, bahkan pihak pemerintah China juga menghadapi ancaman pengganas dan ekstremis yang memberi amaran bahawa mereka akan menyerang acara Sukan Olimpik nanti.

Walaupun begitu, di sebalik banyak faktor negatif di sekeliling mereka, orang China begitu ghairah untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik yang baik.

Keadaan di Beijing masih ‘boleh tahan’ walaupun banyak masalah telah timbul. Pada pendapat saya, ini adalah hasil pemerintah dan penduduknya mempunyai semangat bersatu-padu untuk menjayakan Sukan Olimpik.

Bagi mereka, Sukan Olimpik seolah-olah melibatkan maruah diri mereka. Dengan sikap seperti itu, segala masalah yang dihadapi mereka dapat dihuraikan.

Dapatkah kita masyarakat Melayu belajar daripada pengalaman orang China itu?

Di kalangan kita, banyak perkara yang kurang baik sedang berlaku.

Di Malaysia, misalnya, saya berasa agak malu melihatkan perselisihan di kalangan parti-parti dengan orang Melayu sendiri melibatkan diri dalam pelbagai dakwaan dan tohmahan.

Padahal kita sebagai orang Melayu perlu menjadi contoh teladan kepada bangsa-bangsa lain memandangkan kita mempunyai warisan budi pekerti yang tinggi.

Seperti yang ditunjukkan warga China dalam menghadapi Sukan Olimpik, kita orang Melayu haruslah selalu bersikap gigih dalam segala aspek hidup kita untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul.

Tinggalkan ungkapan ‘Alamak, susahlah’ tetapi sebaliknya katakan: ‘Saya boleh dan akan mengatasinya.’

Pokoknya, hidupkan semangat Olimpik dalam diri kita bukan hanya empat tahun sekali, tetapi setiap hari.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: