Pencapaian Tao Li Tetap Membanggakan

OlehSaparin Rasikin

RATU renang negara, Tao Li, gagal membawa pulang pingat dari Sukan Olimpik Beijing tetapi pencapaiannya ke final acara 100 meter kupu-kupu tetap membanggakan.

Perenang berusia 18 tahun itu, yang berazam untuk mengakhiri penantian 48 tahun, menduduki tempat kelima dalam perlumbaan final yang hebat di Beijing pagi semalam.

Tao Li mencatatkan masa 57.99 saat dan itu adalah 0.45 saat lebih perlahanan daripada masa yang dicatatkan di separuh akhir.

Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Dr Vivian Balakrishnan, antara orang pertama melahirkan rasa bangga atas persembahan Tao Li di Olimpik Beijing ini.

‘Saya bangga kerana Tao Li telah menunjukkan persembahan yang luar biasa,’ kata Dr Balakrishnan selepas menyaksikan tayangan langsung final 100 meter kuak kupu-kupu itu.

‘Beliau adalah perenang pertama Singapura yang berjaya ke final Olimpik dan dengan menduduki tempat kelima bersaing dengan perenang-perenang handalan adalah keputusan yang baik.

‘Dan, saya percaya masa yang dicatatkan semalam masih merupakan rekod Asia. Kami mempunyai alasan baik untuk berasa bangga dan gembira dengan persembahan Tao Li ini.’

Perlumbaan ini dimenangi perenang favorit dari Australia, Libby Trickett, yang mencatatkan masa peribadi terbaiknya 56.73 saat.

Beliau mengatasi saingan hebat Christine Magnuson dari Amerika Syarikat dan rakan senegaranya, Jessica Schipper, sementara perenang harapan tuan rumah, Zhou Yafei, di tempat keempat.

Trickett, yang pulang dari Olimpik Athens empat tahun lalu dengan membawa sebutir emas menerusi acara 4×100 meter gaya bebas, menegaskan beliau gembira memenangi pingat emas individu itu.

‘Saya mahu pulang dari sini tanpa rasa kesal,’ perenang berusia 23 tahun itu memberitahu sidang akhbar di Beijing selepas kemenangannya.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: