Phelps Mula Misi Buru Lapan Emas

Pencapaian belum pernah dicatat dengan acara pertama dianggap paling mencabar

BEIJING: Perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps, akan memulakan misinya hari ini.

Phelps akan berusaha melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh peserta lain iaitu memenangi lapan pingat emas Sukan Olimpik.

Tetapi acara pertama yang akan disertai hari ini adalah paling mencabar.

Sejauh ini, Phelps unggul dalam acara 400 meter rampaian individu tetapi sejak kebelakangan ini, rakan senegaranya, Ryan Lochte, semakin merapatkan jurang dari segi catatan masa.

Phelps mengakui acara tersebut paling mencabar apabila beliau memulakan kempen mengejar kegemilangan dalam acara renang selama sembilan hari bermula hari ini.

‘Semua acara yang saya sertai ini adalah sengit. Tetapi dengan saya terlibat dalam banyak perlumbaan, acara pertama iaitu 400 meter rampaian individu akan menjadi acara paling sukar,’ jelas Phelps.

Perenang itu merancang mengatasi rekod tujuh pingat emas Sukan Olimpik yang dibolot oleh jaguh Amerika, Mark Spitz, dalam Sukan Olimpik 1972.

Phelps mencatatkan rekod dunia untuk acara itu buat kali ketujuh dalam ujian pasukan renang Amerika pada Jun lalu tetapi Lochte hanya tercicir sesaat di belakangnya.

Lochte, yang pernah dua kali memungut pingat perak gara-gara kecemerlangan Phelps dalam Kejohanan Renang Sedunia pada 2007, kali ini begitu ghairah mengubah nasibnya.

‘Sebagai rakan senegaranya, saya mendoakan beliau dapat menyempurnakan cita-citanya tetapi jika beliau gagal, saya barangkali mencatat masa lebih baik,’ jelas Lochte.

Grant Hackett, yang bercita-cita memenangi pingat emas ketiga Sukan Olimpik dalam acara 1,500 meter gaya bebas, juga akan beraksi hari ini dan menjadi pilihan untuk menggantikan Ian Thorpe dari Australia sebagai juara 400 meter gaya bebas.

Hackett, pemenang pingat perak dalam Sukan Olimpik Athens pada 2004, mencatat masa terpantas tahun ini.

Bagaimanapun, kali ini beliau akan menghadapi saingan sengit daripada beberapa perenang, termasuk Park Tae- Hwan, perenang pertama Korea Selatan yang bergelar juara dunia.

Perenang Australia, Libby Trickett, pula akan berusaha mencontohi kejayaan Inge de Bruijn, yang menggondol tiga pingat emas dalam Sukan Olimpik Sydney 2000.

Beliau akan beraksi dalam pusingan kelayakan acara 100 meter kuak kupu- kupu dan kemudian kembali menguji kebolehannya dalam acara 50 dan 100 meter gaya bebas. — Reuters.

‘Sebagai rakan senegaranya, saya mendoakan beliau dapat menyempurnakan cita-citanya tetapi jika beliau gagal, saya barangkali mencatat masa lebih baik.’

– Ryan Lochte, pesaing sengit Michael Phelps.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: