Rencah

Emas judo bagi Azerbaijan

BEIJING: Elnur Mammadli dari Azerbaijan memenangi pingat emas Olimpik dalam acara judo 73 kilogram dengan mengejutkan peserta dari Korea Selatan, Wang Cichun, dalam final semalam.

Ahli judo Brazil, Guilheiro, dan Rasul Boqiev dari Tajikistan, masing-masing memenangi gangsa. — Reuters.

Mahu siar-siar di Tembok Besar

BEIJING: Pendayung Iraq, Haidar Nozad, berharap dapat melihat Tembok Besar China selepas tamat perlumbaannya dalam Sukan Olimpik Beijing ini.

‘Saya harap dapat melihat Tembok Besar. Kami akan menginap di sini sehingga 28 Ogos dan ketua rombongan kami akan mengatur lawatan ke sana,’ kata atlit berusia 25 tahun itu.

Sania tarik diri kerana cedera

BEIJING: Bintang tenis wanita India, Sania Mirza, terpaksa menghentikan permainan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan pusingan pertama Olimpik menentang Iveta Benesova dari Republik Czech semalam.

Sania, yang hanya kembali bertanding dalam Lilitan WTA Jun lalu selepas pembedahan pada pergelangan tangan kanannya, ketinggalan 6-1 2-1 sebelum bersara. — AFP.

Hoki: Jerman atasi China 4-1

BEIJING: Jerman tidak menghadapi masalah menumpaskan tuan rumah, China, 4-1 dalam perlawanan pusingan awal Kumpulan A acara hoki Sukan Olimpik semalam.

Dalam pertarungan lain, Britain mengatasi Pakistan 4-2 dalam Kumpulan B. — Reuters.

Petinju Russia menang mudah

BEIJING: Petinju Russia, Alexey Tischenko, favorit untuk memenangi pingat emas acara tinju kelas light Sukan Olimpik, dengan mudah menempat diri antara 16 petinju terakhir kelasnya.

Tischenko, juara Olimpik 2004 dan johan dunia 2005, dengan mudah menewaskan Saifeddine Nejmaoui dari Tunisia dengan kiraan mata 10-2. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: