Sukan Olimpik: India Menyinar, Impian Phelps Terus Menyala

INDIA meraikan pingat emas individu sulung pada Sukan Olimpik ketika impian lapan emas dalam satu temasya buat perenang Amerika Syarikat, Micheal Phelps, terus bernyala hasil sentuhan hujung jari, semalam.

Phelps, biasanya perwatakan tenang, menjerit dan menjulang tangannya tanda gembira ketika rakan sepasukannya membantu misi memburu lapan emas di kolam renang, apabila memintas Perancis untuk menang emas 4x100m gaya bebas.

Kemenangan itu membolehkan Phelps memenangi emas kedua selepas dia memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara 400m rampaian, Ahad lalu. Dua lagi emas akan menjulangnya sebagai atlit dengan jumlah pingat emas tertinggi dalam sejarah Olimpik.

Rakyat India pula memukul gendang dan menari di jalan raya selepas negara dengan jumlah penduduk kedua teramai di dunia itu memenangi emas individu sulung apabila Abhinav Bindra mengungguli acara menembak 10m air rifle lelaki.

“Kini saya pastinya akan sibuk kerana dia adalah jejaka idaman seluruh negara selepas ini,” seloroh ibunya, Babli Bindra.

“Ia adalah detik paling mendebarkan dalam hidup saya,” kata Abhinav selepas kemenangannya mengakibatkan juara dunia dari China, Zhu Qinan, menangis teresak-esak angkara kecewa. – Reuters

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: